Header Ads

ads header

Flash News

Politik Makin Hangat: Pas Perlu Pendirian Jelas


Politik negara makin hangat. Kehangatan pilihanraya dari Semenyih akan berterusan ke Rantau Negeri Sembilan, apabila rayuan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi mengekalkan kerusi DUN Rantau ditolak. Pilihanraya kecil akan lebih hebat kerana ia melibatkan Timbalan Presiden Umno yang memangku tugas Presiden Umno. Ianya lebih hangat jika keputusan pilihanraya kecil Semenyih berpihak kepada Umno.

Sementara itu keputusan Bersatu untuk ke Sabah, diterima dengan tenang oleh Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Afdhal dan secara diplomasi beliau berkata, Warisan akan bekerjasama dengan Bersatu bagi kepentingan pembangunan Sabah.

Manakala dari satu pihak ada yang membuat spekulasi termasuk dari Hamidah Osman Naib Presiden Bersatu, bahawa beliau tidak yakin Tun Mahathir beri laluan kepada Anwar menjadi Presiden dan menjangka orang akan diberi laluan ialah Azmin Ali Menteri Ekonomi kini.``

Tun Mahathir pada hakikat berusaha memperkukuhkan kedudukan Bersatu dengan menerima 6 orang yang melompat parti dari Umno masuk Bersatu di tengah-tengah tentengan dari DAP dan PKR. Beliau membuat keputusan Bersatu masuk ke Sabah. Ini semua jelas menurut Hamidah stretegi Tun Mahathir bagi mengukuhkan kedudukan. (UM, 19.2.2019: 4).

Dalam pada itu pertemuan pemimpin Pas yang diketuai Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Takiyuddin Hasan Setiausaha dan Ahmad Samsuri Menteri Besar Terengganu, mendedahkan, bahawa Pas akan menyokong Tun Mahathir, jika berlaku penggulingan terhadap Tun Mahathir dari Perdana Menteri, di samping meneruskan komitmen menyokong Umno dalam PRK Semenyih dalam degree yang lebih rendah berbanding dengan pilihanraya di Cameron Highlands.

Dalam hal ini dilihat Pas pergi lebih jauh dalam spekulasi politiknya dan menghadapi cabaran terhadap spekulasinya terutama dari DAP dan akan mengambil tindakan terhadap Pas (The Star, 19.2.2019: 4). Datuk Seri Anwar juga menafikan tuduhan (Star, 19.2.2019: 1).

Nampaknya Pas membuat spekulasi di luar jangkaan dan mengejutkan. Pas bolehlah dianggap sebagai pemula mendedahkan kemungkinan berlaku pergolokan di dalam PH dan menyatakan secara terang jika berlaku penggulingan terhadap Dr. Mahathir, bahawa Pas akan menyokong Dr. Mahathir. (Sinar, 19.2.2019: 6). Apa muslihat Pas ?

Kenyataan secara terang-terangan ini sebenarnya membahayakan Pas dengan isu yang belum tentu dan spekulatif sifatnya. Ia mletakkan dirinya dalam perhatian oleh berbagai pihak, bahkan boleh melibatkan persoalan keselamatan negara.

Dengan isu yang asalnya dicetuskan oleh Pas dengan pertemuan dengan Tun Mahathir Pas kehilangan pendirian dan Fokus yang sepatutnya ditumpukan kepada membantu Umno yang sebelum ini dilihat mempunyai persefahaman yang kuat, tetapi kini dilihat kendur. Pas seharusnya mempunyai pendirian yang jelas dan tidak rhetoric dan mengelirukan, khususnya bagi ahli dan penyokong-penyokong. Dalam masa yang singkat kerjasama patut ditumpukan pada pilihanraya PRK Semenyih. Kesan dari pilihanraya ini akan membawa kepada PRK Rantau yang memerlukan kepada komitmen yang lebih tinggi.

Pas tidak seharusnya membiarkan diri dituduh sebagai tidak berpendirian, double standard dan memasalahkan. Jangan sampai yang dikendong berciciran, yang dikejar tidak kedapatan.

Sekian.

oleh Dr Shafie Abu Bakar

MR :  PAS perlu bijak, tegas dan komitmen dalam sessuatu isu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Maaf. Penulis perlu lihat keseluruhan kenyataan dan tindakan PAS. Hamba berpandangan PAS konsisten dgn politik matang dan sejahtera. PAS bebas bekerjasama dgn siapa sahaja utk kepentingan Islam. Jgn hanya telah bekerjasama dgn UMNO sebelum ini membataskan PAS utk kerjasama dgn pihak lain walhal kerajaan sekalipun.

    Perkembangan terkini PAS dirasakan terbaik. Membuka mata UMNO. Jgn UMNO merasakan PAS memerlukan dia. Sejarah telah membuktikan pengkhianatannya.

    Barang perlu diingat setial tindakan dan keputusan PAS bukan dtg dr akal nafsu individu. Tetapi drp syura ulama dgn ilmu2 dan sirah2. Cukup berbeza dgn parti lain di Malaysia. Mungkin keputusan dan tindakan tidak selari dgn keinginan kita. Tetapi ulama lebih melihat kpd maslahah yg lebih besar.

    Ir. Mohd

    BalasPadam
  2. PAS tetap dengan pendiriannya yg satu iaitu Islam mestilah diutamakan. Pemimpin2 PAS dan ahli2nya serta penyokong2 sudah jelas cuma yg masih belum jelas ialah pembenci2 PAS malah bukan belum jelas tetapi sengaja buat2 bodoh. Jadi bagi PAS nak berbaik dengan siapa pun tak jadi masalah dengan syarat orang Islam memimpin. Macai2 PH rasa sekarang ni orang Islam di Malàysia ni memimpin atau dipimpin. Kalau dipimpin oleh siapa? Tepuk dada tanya iman.

    BalasPadam
  3. Nyata Pas sentiasa mencuri tumpuan.Usah perlekeh PAS kerana PaS byk pengalaman dengan sepak terajang politik lawan.Kelebihan PAs ialah pimpinan yg sentiasa jaga solat mlm dan sentiasa mengadu kpd Allah.Bijak Pas ketika ini ialah mewujudkn kecurigaan dlm kelambu lawan.Pas kenal musuh dan tahu susun langkah sebab itulah setiap hari PAS diserang wlpun umno yg tanding di semenyih

    BalasPadam