Header Ads

ads header

Flash News

Renungan & Hikmah DiSebalik Tarik Saman 90 Juta Oleh Hj.Hadi


Rata² musuh PAS dari PH  terutama DAP, Amanah dan PKR bergembira sakan laksana beruk dapat bunga apabila Presiden PAS Hj.Hadi menarik balik saman ke atas SR (Serawak Report). Mereka semakin seronok dgn isu penarikan saman ni krn mereka melihat dgn mata zahir inilah peluang utk mereka hentam Hj.Hadi dan PAS kow². Sebenarnya mereka buta dan lupa hikmah disebalik penarikan saman ini oleh Hj.Hadi yg begitu berstrategi dan berpandangan jauh yg hanya mampu dilihat oleh mata hati.

Sudah tentu Hj.Hadi solat Istikhorah dulu sebelum membuat keputusan dlm isu besar ini. Dan sudah tentu beliau bersedia utk dihentam selepas keputusan penarikan saman ini yg semakin hari semakin panas menjelang PRK Semenyih.

Hj.Hadi dan barisan peguam beliau sudah tentu sedia maklum bhw isu penarikan saman ini akan dijadikan modal PRK oleh PH, sementara PAS pula sudah bersiap sedia utk menjelas dan menerangkan kpd rakyat rahsia & hikmah disebalik penarikan saman ini. Seolah² PAS sengaja ingin membiarkan isu ini dimainkan agar ianya mendapat perhatian semua pihak trmasuk Polis dan SPRM serta rakyat keseluruhannya. Dan ternyata strategi PAS utk langkah pertama ini telah berjaya dan PAS terus berjuang bersama dgn Islam dan kebenaran, bukannya bersama dgn fitnah dan kebatilan.
Untuk makluman kpd musuh² PAS, bhw PAS tidak pernah gentar dan takut terhadap makian, ugutan dan celaan orang² yg mencela.
 Firman Allah:

 يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ - المائدة

Maksudnya: " Mereka terus berjuang dijalan Allah, dan mereka tidak pernah takut orang² yg mencela-maki. Demikian itu adalah kurniaan Allah yg diberi kpd siapa yg Dia kehendaki"

Terkini, PAS melalui kenyataan Setiausaha Agungnya Dato Taqiyuddin bersedia utk memberi kerjasama sepenuhnya kpd SPRM dlm isu ini. Dan ini menggambarkan keikhlasan PAS dlm menangani isu ini dan merupakan satu langkah berani krn benar (bukan langkah kajang). Sekilas pandang juga berarti PAS sudah bersiap sedia utk bawa isu ini ke Mahkamah dlm negara yg lebih menjimatkan kos berbanding sebelum ini di luar negara(London)yg memerlukan masa dan kos yg tinggi. Tambah pula nilai matawang Ringgit sekarang semakin merosot berbanding Pound Sterling.
 Firman Allah:

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا - الإسراء

Sekiranya isu ini berjaya di bawa ke Mahkamah nanti maka inilah peluang bg PAS berhujah dan saksi² akan dipanggil utk membuktikan kebenaran tuduhan 90 juta tersebut.  Walaupun secara dasar dan moralnya Hj.Hadi telah menang di Mahkamah London apabila Hakim Mahkmah di sana telah menolak 2 permohonan SR diperingkat pengurusan fail.

PAS sedia maklum bhw Clarie Brown(kafir) dan SR yg terus memfitnah PAS dan kepimpinannya utk menjatuhkan imej Islam yg didokong PAS selama ini. Malangnya ada juga penganut yg kununnya mengaku beragama Islam turut bersekongkol dan menjadi talibarut kpd orang kafir. Mereka sanggup berwala'kan kpd orang kafir berbanding orang² beriman. Namun pengalaman luas PAS menghadapi golongan spt ini menjadikan PAS lebih matang dlm bertindak dan mengatur strategi. Justeru para Ahli dan Penyokong PAS usahlah risau krn segala tindakan PAS berpandukan bimbingan Wahyu, Sunnah dan Sirah ,bukannya bimbingan hawa nafsu.

Barangkali antara saksi penting yg boleh dipanggil spt: Husam Musa(PAN- Pelanggar Bai'ah ), Rafizi Ramli (PKR- Naib presiden yg tewas kpd Azmin Ali) , Mahfuz Omar AES , Ambiga, Tony Pua dll.

Selama ni mereka tuduh Hj.Hadi dan PAS terima wang 90 juta di dlm ceramah², didada² akhbar diluar Mahkamah.  Maka kali ni PAS nak heret muka² ni pula ke Mahkamah dan biarlah kite berhujah secara profesional di sana.

Kpd penyokong PAS harap bersabar dgn isu ini dan doakanlah yg terbaik utk Presiden PAS serta berilah kepercayaan kpd kebijaksaan barisan Peguam PAS yg berwawasan akhirat.

Isu ini juga sebenarnya menguji Ahli dan Penyokong PAS samada Istiqomah atau tidak. Justeru hendaklah kite Istiqomah walau apa jua ranjau dan rintangan perjuangan yg bakal dihadapi..
 Firman Allah :
وَلَا يَصُدُّنَّكَ عَنْ آيَاتِ اللَّهِ بَعْدَ إِذْ أُنزِلَتْ إِلَيْكَ ۖ وَادْعُ إِلَىٰ رَبِّكَ ۖ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ - القصص
Maksudnya:
 " Dan janganlah mereka (yang ingkar) dapat menghalangmu (daripada menyampaikan dan beramal dengan) ayat-ayat Allah sesudah ia diturunkan kepadamu; dan serulah manusia kepada (agama) Tuhanmu (Islam serta Istiqomah),dan janganlah kamu menjadi dari golongan yang menyertai orang-orang musyrik".

# Istiqomahlah bersama Islam walau apa dan dimana jua kite berada.

ولينصرن الله من ينصره إن الله لقوي عزيز  - سورة الحج

# UhibbuTokGuru




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Perangai orang PAS,makin resah dan gelisah dengan tohmahan,makin kuat solat malam dan mengadu kepada Allah. ujian fitnah ini makin meraatkan hubungan dengan Allah. PAS tidak berbangga untyuk menarik simpati manusia dan mengadu kepada manusia. Selagi PAS menjaga hubungan dengan Allah, maka selagi itu PAs kian bergerak kehadapan. JIka PAS lemah, sudah tentu tiada yang ambil peduli tapi ramai(PH) yang tak lena tido malam melihat PAS makin digeruni. Moga Allah sentiasa merahmati TGHH dan ahli PAS.

    BalasPadam
  2. Bagaimana dengan statement baru dari Clarie Brown rasanya perlu diperbetulkan .

    BalasPadam