Header Ads

ads header

Flash News

Semakin PAS berkuasa, semakin berkuasalah SPRM kata Nik Abdul


KUALA LUMPUR, 7 Feb — Nik Abduh Nik Abdul Aziz, yang terkait dengan kontroversi rakaman suara isu dana Umno, menyatakan PAS “tidak tertekan” dengan siasatan tersebut.

Menulis ringkas di Facebook, anak bekas menteri besar Kelantan itu mengulas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana itu kepada PAS.

“PAS tertekan? Tidak. Selamat datang SPRM. Semua tahu, semakin PAS berkuasa, semakin berkuasalah SPRM,” tulis ahli jawatankuasa pusat parti itu hari ini.

SPRM semalam menyatakan ia akan membuka siasatan terhadap kes dana RM90 juta daripada Umno yang dikatakan datang hasil penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Isu itu berbangkit semula apabila PAS baru-baru ini tiba-tiba membatalkan saman terhadap Sarawak Report, portal di London, yang mendedahkan dakwaan tersebut pada 2016.

Satu daripada isu yang berbangkit dalam kes tersebut termasuklah rakaman audio yang dikatakan suara Nik Abduh yang mengakui PAS pernah menerima wang daripada pemimpin Umno.

Namun tidak jelas dana itu daripada skandal 1MDB kerana beliau dilaporkan mendakwa bapanya, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga pernah menerima sumbangan musuh lamanya itu.

April tahun lalu, Nik Abduh menafikan rakaman itu suaranya tetapi enggan membuat aduan polis atau mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwa sedemikian.

“Mereka mahu memberitahu pengundi bahawa PAS bersama dengan Umno. Mereka mencipta rakaman itu,” beliau dipetik berkata menjelang pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini menggesa sesiapa yang mendakwa ada bukti pemimpin PAS terima wang 1MDB agar tampil membantu siasatan.

Mencabar mereka “menamakan secara terperinci serta memberikan butiran lanjut”, beliau juga memberi jaminan PAS sedia menyerahkan dokumen termasuk penyata akaun bank untuk disiasat.

Menyifatkan dana itu sebagai “tidak benar, dusta dan fitnah semata-mata,” Takiyuddin yakin SPRM mampu menjalankan tugas dengan profesional, telus, tanpa takut dan tidak berat sebelah.

MR :  Sabar dulu, Insya-Allah semuanya akan selesai dan percayalah sekiranya kita benar Allah pasti akan emmbuka fitnah ini seluas-luasnya sehingga kita bersabar dan bertawakal


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Husam mana?sepatutnya husam berlari2 ke sprm,nk buktikan akaun affinbank.Napa lembab dan bendul husam.Ni la waktu nk kenakan PAs.
    Keluar jerdari PAS,fitnah ok.tk bdosa.Takdir Allah ank dtangkap bersama ganja.HebatBossku#

    BalasPadam