Header Ads

ads header

Flash News

Siapa Bodoh?


Semalam ada beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan termasuk ahli parlimen mereka berkongsi satu laporan portal kononnya kedudukan kewangan TH adalah terlalu tenat. Disamping terpaksa membelanjakan RM400 juta bagi subsidi haji, TH juga terpaksa memberi hibah kepada pendeposit. Maka orang Islam sepatutnya memahami dan tidak perlu mengharapkan subsidi haji kerana ia sudah menjadi beban kepada TH [1]

Pertama sekali, saya nak pesan kepada pemimpin PH supaya jangan guna taktik BN zaman 90an yang suka hina orang Melayu sebagai bangsa subsidi. Kalau kami bangsa Melayu ini tak nak diberi naik haji kerana tidak berkemampuan (istito'ah), maka kenapa kamu sebagai kerajaan masih lagi nak kami bangsa Melayu bayar cukai pendapatan, cukai SST, cukai soda, cukai perniagaan dan lain lain kalau kamu dah tahu kami ni 'tak berkemampuan'?. Tang cekau duit rakyat ni tak nak kira pula faktor istito'ah.

Kedua, subsidi haji ni jumlahnya RM400juta setahun. Termasuk subsidi kepada pengiring dan perayu. Sedar atau tidak apabila berlakunya pindahmilik saham2 yang memberi dividen tinggi kepada SPV dan diganti dengan RCPS-i yang tiada dividen, ia sebenarnya telah menghilangkan pendapatan tetap TH setiap tahun?

Contohnya, TH telah memindahmilik 500juta saham Malakoff bernilai sekitar RM430 juta. Malakoff ini konsisten bagi dividen +-7% setahun. Maknanya tahun ini sahaja, Malakoff dijangka mampu memberi pendapatan tambahan RM30 juta kepada TH. Cukup untuk bagi subsidi kepada 2,400 jemaah haji.

Tapi sebab SPV ganti saham tersebut dalam bentuk RCPS-i, TH dah tak boleh terima dividen puluhan juta ini.

Ini baru Malakoff. Bagaimana dengan saham saham lain yang mempunyai dividen tinggi seperti Naim Holdings, Pintaras Jaya, Eastern Oriental, Hap Seng Plantations, IJM Corp, Icon Offshore dan UEM Sunrise yang selama ini berjaya memberi hasil memuaskan kepada TH? Sekarang dividen tu dah tak ada.

Ketiga, tahukah anda sejak PH mengambil alih kerajaan, 20 syarikat utama yang mana Tabung Haji mempunyai pegangan saham signifikan telah kehilangan nilai sebanyak RM2.74 bilion. Nilai ini boleh menampung subsidi haji selama 7 tahun.

Jadi kenapa nak salahkan rakyat? Kenapa nak guna istilah agama untuk hina akal budi rakyat? Mana tanggungjawab kerajaan dalam membantu dan memudahcara ibadat rakyat?

Sedangkan masalah yang berlaku adalah kerana kalian gagal mengurus ekonomi dan kalian gagal mengurus kewangan Tabung Haji.

Saya akhiri status ini dengan ucapan berhikmah seorang pemimpin negara yang pernah menjadi idola saya 21 tahun dahulu:

"Siapa bodohhhhhh??"

-----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Gong Pasir, Dungun Terengganu

Rujukan:

[1] http://bebasnews.my/…/tiba-masanya-kita-tahu-hakikat-seben…/


MR :  Tentulah PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Ya ALLAH gantikanlah menteri2 perosak ini dengan hamba2 MU ya jujur ya ALLAH

    BalasPadam
  2. Semasa BN-UMNO memerintah, TH sangat kukuh dan maju dari segi kewangan dan set dan tiada pula sebarang laporan yang membimbangkan para bakal haji dan penyimpan wang dalam TH. Bahkan pendayang melebihi liabiliti atau hutang TH yang menyebabkan TH boleh membayar dividen dan bonus kepada bakal haji dan orang-orang yang menyimpan wang dalam TH.

    Apabila puak pakatan berkuasa, nampaknya masa hadapan TH adalah gelap apabila TH berada di bawah pentadbiran puak pakatan berdasarkan pelbagai dakwaan yang dibuat oleh puak pakatan sendiri. Dan kita amat meragui dakwaan-dakwaan tersebut dan cara puak pakatan mengendalikan TH. Kita tidak mahu tikus membaiki labu kerana akhirnya tikus yang kenyang dan labu musnah.

    Saya berhak menulis komen ini mempersoalkan tindakan puak pakatan kerana saya juga menyimpan wang dalam TH untuk tujuan ibadat haji ! Apabila KERAjaan pakatan tumbang, kita mahu kerajaan baru akan menyiasat semula kes TH dan mendakwa dan menghukum pihak yang telah sabotaj atau cuba melingkupkan TH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semasa BN-UMNO memerintah, TH sangat kukuh dan maju dari segi kewangan dan aset dan tiada pula sebarang laporan yang membimbangkan para bakal haji dan penyimpan wang dalam TH. Bahkan pendayang melebihi liabiliti atau hutang TH yang menyebabkan TH boleh membayar dividen dan bonus kepada bakal haji dan orang-orang yang menyimpan wang dalam TH.

      Padam
    2. Pembetulan:

      Semasa BN-UMNO memerintah, TH sangat kukuh dan maju dari segi kewangan dan aset dan tiada pula sebarang laporan yang membimbangkan para bakal haji dan penyimpan wang dalam TH. Bahkan pendapatan TH melebihi liabiliti atau hutang TH yang menyebabkan TH boleh membayar dividen dan bonus kepada bakal haji dan orang-orang yang menyimpan wang dalam TH.

      Padam