Header Ads

ads header

Flash News

Adun Osman Jamal keluar PKR, masuk Warisan


KOTA KINABALU: Adun Balung, Osman Jamal hari ini mengumumkan keluarkan PKR, yang disertai pada Julai, untuk bersama parti Shafie Apdal, Warisan.

Osman, yang menang atas tiket Barisan Nasional pada pilihan raya lepas, adalah salah seorang daripada 6 wakil rakyat BN yang mengisytiharkan kesetiaan pada Warisan 2 hari selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Shafie berkata Osman menyuarakan hasrat untuk menyertai Warisan di majlis angkat sumpah ketua menteri di istana negeri pada Mei tahun lepas.

“Hari ini, dia suarakan hasrat sertai Warisan secara terbuka, walaupun ia mengambil masa 1 tahun. Kami mengalu-alukan penyertaannya,” katanya.

Sementara itu, Osman, seorang bekas pengarah Jabatan Tanah dan Ukur berkata, dia kembali kepada parti pelbagai kaum yang berpangkalan di Sabah demi pembangunan fizikal dan sosial di Balung.

Beliau memberitahu pemberita dia akan meninggalkan PKR pada Mac, tetapi tidak memaklumkan parti mana yang akan disertainya.

Adun BN lain yang keluar gabungan itu pada Mei lepas adalah Adun Tanjong Batu, Hamisa Samat (Umno); Adun Sebatik, Abdul Muis Picho (Umno); Adun Paginatan, Abidin Madingkir (Upko); Adun Kedamaian, Ewon Benedick (Upko); dan Adun Kemabung, Jawawi Jaafar (Umno).

Dengan kemasukan Osman, Warisan kini mempunyai 29 wakil rakyat daripada 60 DUN. PKR ada 2, DAP 6 dan Upko 4.


MR :  Rugilah keluar PKR, nantikan Anwar jadi PM


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: