Header Ads

ads header

Flash News

Debaran di PRK Rantau


Keputusan pilihan raya kecil Rantau pada 13 April ini akan membawa seribu satu makna kepada politik negara. Calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri Rantau pada pilihan raya umum ke-14, iaitu Dr S Streram akan berentap dengan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Selepas kekalahan berturut-turut yang dialami Pakatan Harapan di Cameron Highlands dan Semenyih yang diwakili calon DAP dan PPBM, kini tiba giliran calon PKR menebus maruah PH dengan berdepan gabungan politik baru, Umno-PAS.

Tiada insan yang lebih mengharapkan kemenangan PRK Rantau daripada Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Kekalahan parti Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad di Semenyih membuka peluang bagi Anwar membuktikan dirinya sebagai bakal perdana menteri berwibawa.

Sekiranya PKR menang di Rantau, Anwar akan muncul sebagai pemimpin PH pertama yang mempunyai kapasiti mengalahkan Umno-PAS, selepas DAP dan PPBM gagal di Cameron Highlands dan Semenyih.

Kemenangan PKR juga secara tidak langsung membawa mesej kepada pendokong PH yang kini lesu untuk mendesak Dr Mahathir melepaskan kuasa secepat mungkin kepada Anwar di atas hujah mengembalikan moral dan sokongan kepada PH. Ketika itu, PPBM dan Dr Mahathir akan kehilangan hujah untuk melawan desakan ini.

Sekiranya Anwar gagal membantu PKR memenangi PRK Rantau, perkara sebaliknya pula akan berlaku. Pendokong PH akan mendapat mesej secara tidak langsung mereka masih memerlukan Dr Mahathir untuk terus memimpin PH di atas hujah tiada pimpinan PH yang lebih kuat daripadanya untuk menghadapi gabungan politik Umno-PAS.

Bukan itu sahaja, kekalahan PKR akan menyebabkan moral pendokong PH terus merudum sehinggakan mereka berpersepsi Anwar bukan solusi untuk menghadapi gabungan Umno-PAS dan mereka memerlukan orang lain.

Oleh itu, tidak perlu hairan jika Anwar berkempen di Rantau seolah-olah beliau yang bertanding dan bukannya Streram.

Selain itu, kemenangan PRK Rantau juga amat penting kepada bekas perdana menteri, Najib Razak. Sama ada kempen “bossku” akan terus hidup subur, meskipun keputusan mahkamah tidak memihaknya kelak, bergantung kepada keputusan PRK Rantau.

Kawasan Rantau amat berbeza dengan Semenyih dan Cameron Highlands kerana komposisi kaumnya lebih seimbang. Mampukah kempen “bossku” juga berkesan di kawasan sedemikian?

Jika Umno menang di PRK Rantau, kempen “bossku” dan tentera bawang yang dicetuskan kerananya akan terus hidup subur sehingga pilihan raya umum akan datang dan menjadi senjata yang boleh memberi maut kepada PH.

Masa depan Mohamad sebagai pemangku presiden Umno juga amat dipengaruhi keputusan PRK Rantau. Jika beliau menang, maka beliau akan menjadi presiden Umno akan datang dan peluang untuk Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang sedang bercuti untuk pulang menguasai Umno semula amat malap.

Dari sudut gabungan Umno-PAS dengan MCA dan MIC yang membuat keputusan kekal di dalam BN, kemenangan PRK Rantau akan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan dan pendokong gabungan ini bahawa gabungan politik perlu dikekalkan sekiranya mereka berhajat merampas kuasa Putrajaya daripada tangan PH.

Bukan itu sahaja, lontaran Mohamad agar diwujudkan kerajaan campuran PAS dan Umno di negeri dikuasai mereka juga akan mendapat desakan awam untuk dilaksanakan.

Namun begitu, sekiranya Mohamad tewas, segala momentum akan terhenti dan pembangkang terpaksa kembali ke meja percaturan. PH boleh tersenyum dan menarik nafas lega, sekiranya Mohamad tewas di Rantau.

Pada 13 April ini, pengundi Rantau akan menentukan nasib Anwar, Mahathir, Mohamad, Zahid, kempen “bossku” dan perkembangan kerjasama Umno-PAS yang bakal menentukan hala tuju politik negara. PRK ini masih sunyi, tetapi ia sangat mendebarkan.

TIMMY SAY



MR :  Pertandingan di Rantau adalah simbolik Anwar Vs Mahathir


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan