Header Ads

ads header

Flash News

Ezam dakwa 'bos GLC' bayar RM1.4 juta rakan Anwar dan nasihat Rafizi jangan main api


Bekas ketua Pemuda PKR (1999-2005) Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa 'bos GLC' yang dikaitkan sebagai individu yang membayar RM1.4 juta bagi pihak PAS kepada Sarawak Report merupakan rakan rapat Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Mohamad Ezam membuat kenyataan itu selepas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semalam menafikan spekulasi itu dan sebaliknya mendakwa, tokoh korporat itu sebenarnya rakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Mohamad Ezam mendakwa dia mengenali individu itu pada era Reformasi 20 tahun lalu ketika menjadi setiausaha politik Anwar, selepas diperkenalkan sebagai "kawan rapat" oleh presiden PKR itu sendiri.

Kata Mohamad Ezam, tokoh korporat itu membantu keluarga Anwar ketika beliau dipenjara serta membiayai kos guaman perbicaraan mahkamah melibatkan Anwar, selain menyediakan wang jaminan buat ratusan reformis yang ditahan ketika era Reformasi.

Selain itu, bekas senator itu juga mendakwa individu berkenaan menyediakan keperluan perbelanjaan PKR dalam pelbagai aktiviti serta membiayai wang deposit calon-calon parti dalam pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

"Keikhlasan beliau jelas kerana beliau menolong sahabat-sahabat pada saat sukar dan pada saat mereka tidak mempunyai kuasa.

"Saya nasihatkan kepada Rafizi yang pada ketika awal perjuangan reformasi masih di bangku sekolah untuk berhati-hati dan jangan bermain dengan api.

"Saya tidak mahu diheret didalam perdebatan politik kerana saya bukan lagi ahli politik apatah lagi perdebatan politik hari ini hanya penuh dengan sampah kerakusan harta dan kuasa tanpa pertimbangan moral dan akhlak.

"Saya hanya ingin memberikan keadilan kepada seorang insan yang banyak berjasa kepada saya dan perjuangan," katanya.

Bantu ahli politik parti lain

Mohamad Ezam juga mendakwa individu berkenaan pernah membantu ramai ahli politik lain yang menghadapi kesukaran hidup termasuk dari ahli politik yang kini berada dalam Amanah, PAS, PKR dan Umno.

Kenyataan Mohamad Ezam itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Rafizi yang mengatakan bahawa sepanjang beliau menjadi pimpinan kanan PKR sejak 2010, tidak pernah sekali pun individu itu terlibat dengan partinya.

Rafizi turut menyifatkan individu itu sebagai penyokong PAS.

“Secara umumnya, kami kenali beliau dari jauh dan hormati beliau sebagai penyokong PAS yang ada perniagaan besar (maka keperluan beliau untuk juga dilihat kekal rapat dengan sesetengah pimpinan Umno),” kata Rafizi.

Rafizi sebelum ini membuat perbandingan serta penelitian ke atas nombor akaun pada cek bayaran RM1.4 juta berkenaan dan menamakan pemilik akaun itu sebagai pengerusi sebuah GLC.

Malaysiakini sebelum ini sudah menghubungi tokoh korporat yang dipertikaikan itu, namun sehingga kini belum mendapat maklum balas.


MR :  Nampak isu 1.4 juta ini turun naik sekali nampak macam rafizi bijak sekali terhempas kepala rafizi..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sudah kecoh dalam PKR - Ezam cakap lain, Rafizi cakap lain. Anwar belum cakap?

    Ramai orang kata Anwar berseteru dengan Hadi. Hadi aritu jumpa Tun M, sokong Tun, siap dengan surat bertanda tangan.

    Aku sokong Tun, mahukan dia pegang jawatan PM sampai bila2 yang dia larat. Banyak Najib rosakkan negara, perlu di bina semula, DEB perlu digiatkan, tak yakin Anwar akan buat itu dengan gigih.

    BalasPadam