Header Ads

ads header

Flash News

Kami tak panik walaupun kalah 2 PRK, kata pemimpin PPBM


SHAH ALAM: PPBM tidak panik selepas kalah dalam pilihan raya kecil Semenyih dan Cameron Highlands kerana ia perkara biasa dalam negara demokrasi untuk rakyat menilai parti pemerintah, kata Ahli Majlis Tertingginya, Redzuan Md Yusof.

“Tidak ada alasan untuk panik dan kita ambil positif.

“Kita tidak boleh putus asa dan perlu teruskan perjuangan,” katanya selepas Majlis Penutup Karnival Usahawan Muda Selangor di sini, hari ini.

Semalam, BN memenangi kerusi DUN Semenyih dengan majoriti 1,914 undi, PRK ke-2 yang dimenangi bekas parti pemerintah itu sejak kalah dalam pilihan raya umum ke-14.

Zakaria Hanafi mendapat 19,780 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali yang meraih 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul daripada Parti Sosialis Malaysia (847 undi) dan calon bebas, Kuan Chee Heng (725 undi).

Hari ini, Redzuan berkata, PPBM ialah parti baru dan PH yang baru 9 bulan memerintah negara, memerlukan masa untuk memulihkan kerosakan dilakukan kerajaan terdahulu.

“Secara keseluruhan, kita baru nak bangunkan apa yang dirosakkan.

“Kalau kita ambil negara yang tidak ada masalah, senang. Hari ini, berbagai cara kita perlu fikir untuk baiki kerosakan yang berlaku seperti Felda dan Tabung Haji.”

Katanya, rakyat berhak menukar kerajaan, jika PH gagal melakukan sebarang perubahan dalam 3 atau 4 tahun lagi.

“Tidak ada masalah, ini negara demokrasi,” katanya.

Kereta terbang
Dalam perkembangan lain, Redzuan yang juga menteri pembangunan usahawan berkata, pasaran utama kereta terbang bukan sahaja perkhidmatan pengangkutan, tetapi ia turut menyasarkan sektor pertanian dan pengangkutan di kawasan pedalaman.

“Misalnya di kawasan pedalaman Sarawak, tak ada jambatan dan jalan raya, jadi kita perlu pengangkutan seperti kapal terbang.

“Manakala untuk pertanian, boleh guna untuk memantau penternakan.”

Katanya, projek kereta terbang bertujuan mengelakkan Malaysia ketinggalan terlalu jauh kerana Jepun akan melaksanakan kereta terbang pada 2025.

“Insya Allah, dalam masa terdekat, iaitu tahun ini atau paling dekat lepas puasa, saya akan jemput usahawan menyaksikan sendiri, seorang atau 2 menteri akan terbang dalam sebuah kereta yang boleh terbang.

“Insya Allah, ini bukan satu perkara boleh diremehkan.”


MR :  ph masih sombong.. mereka rasa rakyat tak mampu jatuhkan mereka


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Lawak abad ke 21:

    Kami tidak panik walaupun kami kalah PRK berturut-turut, kami kalah PRU15, kami sesak nafas dan sukar bernafas, nafas kami pendek, kami pengsan, kami ketakutan melampau, kami sakit dada, jantung kami berdebar-debar bagai nak pecah, tekanan darah kami melebihi 200, kepala migrain kronik, kami menangis histeria, kami meratap hiba dan meraung, kami menjerit sekuat hati, kami menarik-narik rambut dan memukul dada kami sendiri dan kami tidak boleh tidur malam tetapi kami tidak panik.

    Ini lawak atau apa ? Boleh percayakah ? Aku tidak percaya pakatan sejak aku dikencing berulang kali oleh pakatan sejak sebelum PRU14 !!!! Aku tidak percaya pada biawak lidah bercabang.

    BalasPadam
  2. Dengan hutang negara yang dikatakan cecah trillion masih mampu nak adakan pengakutan kereta terbang wow sunggoh hebat kamu .Sudah belajar dengan sifu tua .

    BalasPadam