Header Ads

ads header

Flash News

Kenyataan LGE Gugat Keamanan Negara - Norazli Musa


PERTUBUHAN Pendukung & Pencinta Ulamak (GU) mengambil serius terhadap kenyataan Lim Guan Eng (LGE) sebagaimana dilaporkan oleh MalaysiaKini bertarikh 6 Mac 2019 mengatakan: "Lim calls Umno-PAS union a declaration of 'war' on non-Malays".

Kenyataan LGE yang menyifatkan kerjasama Umno-PAS sebagai pengisytiharan perang terhadap bukan Melayu/bukan Islam adalah merupakan kenyataan yang benar-benar tidak bertanggungjawab,biadab, rasis, berunsur fitnah dan tersirat niat yang tidak baik untuk mengapi-apikan perkauman. Kenyataan ini amat-amat tidak boleh diterima kerana dilakukan oleh Menteri Kanan Kerajaan dan ianya terlalu menyingung perasaan antara kaum.

Geng Ustaz meyakini bahawa kenyataan seumpama ini terlalu amat bahaya kepada kestabilan sebuah negara dan keharmonian sebuah masyarakat majmuk. Rakyat Malaysia wajib menolak ahli politik seumpama LGE ini kerana manusia seperti ini akan memporak peranda keamanan negara Malaysia.
Dengan ini Geng Ustaz mendesak pihak berkuasa menyiasat LGE disebabkan kenyataan berunsur hasutan yang menggugat keselamatan negara. Kami juga mendesak LGE berundur daripada politik negara kerana keberadaan kamu membahayakan rakyat negara Malaysia.

USTAZ NORAZLI MUSA
Presiden
Geng Ustaz
7 Mac 2019



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. LGE akan terlepas percayalah sebab peguam negara ada sebelah dia . Sabelum peguan negara bela dia kawan melayu dia {barua} akan bersuara dulu .

    BalasPadam