Header Ads

ads header

Flash News

Kenyataan Pengerusi SPR satu penghinaan - Ahmad


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyifatkan kenyataan Pengerusi SPR, Azhar Harun melabelkan rakyat Kelantan sebagai ‘kaki kelab malam’ adalah penghinaan kepada rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata berdasarkan kenyataan Azhar yang tular di media sosial dan akhbar tempatan, jelas menggolongkan seolah-olah majoriti rakyat Kelantan yang berada di luar tidak tahu tentang dosa dan pahala.

“Rakyat Kelantan di luar sana ada di kalangan penjawat awam, pegawai tinggi kerajaan dan tokoh korporat yang banyak menyumbang untuk masyarakat dan negara.

“Ucapan berkenaan dianggap keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci serta prasangka negatif rakyat negeri lain terhadap rakyat Kelantan sehingga boleh mencetuskan sentimen kenegerian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, sebagai seorang Pengerusi SPR sewajarnya lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan dan seharusnya lebih mengetahui tentang fakta sejarah Kelantan yang sinonim dengan panggilan negeri Serambi Makkah.

“Panggilan Serambi Makkah menggambarkan dekatnya mereka dengan kehidupan beragama.

“Beliau (Azhar ) juga perlu faham bahawa sesiapa sahaja berhak memilih pentadbiran Islam sebagai asas pemerintahan negeri.

“Hal itu adalah suatu perkara yang baik dan tidak sepatutnya dijadikan isu. Sekiranya ada beberapa orang yang berbuat maksiat, adalah salah mengaitkan dengan seluruh rakyat Kelantan,” katanya.

Azhar sebelum ini dilaporkan sebuah portal berkata, cadangan pendaftaran pengundi secara automatik pada pilihan raya akan datang sukar dibuat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang mengundi di tempat mula-mula dia mendaftar sebagai pengundi walaupun mungkin tinggal di tempat lain.

Azhar berkata, disebabkan perkara itu, seramai 60,000 orang Kelantan balik ke negeri ini untuk mengundi menyokong hudud sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam.

MR :  Dia kaki minum, dia nak jahat kepada orang lain


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. KEPALA BAPAK MUNAFIK SEKULAR LIBERAL KEMARUK DENGAN ' I'M HOLIER THAN YOU!' MENGHINA DAN MENFITNAH UMAT ISLAM

    Allah Ta’ala juga telah menjelaskan ciri ciri orang munafik dalam Firman-Nya Surat Al-Baqarah Ayat 14 yang bermaksud:

    وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ

    Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman”. Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok”.

    Kemudian Allah Ta’ala membamaksud:

    اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

    "Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka."

    Kepala bapak sekular liberal hanya layak menjadi barua @ khadam abang besar kafir harbi untuk membela kemungkaran dan kesesatan dan menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam dan umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya. Tanpa merasa malu dan segan mereka mendakwa mereka beragama Islam tetapi cara hidup mereka seperti orang kafir yang sesat lagi menyesatkan!!!

    Walaupun khadam-khadam ternakan abang besar kafir harbi hidup bergelumang dengan pelbagai bentuk kemungkaran dan kesesatan, mereka tidak merasa malu atau segan untuk mencipta dan menjaja pelbagai fitnah karut marut yang tidak berasas untuk menghasut orang ramai membenci dan menghina umat Islam yang cintakan dan menyokong Allah dan RasulNya dan perjuangan Islam.

    Sesungguhnya khadam-khadam kafir harbi ini masih merasa diri mereka 'suci' (dalam tahi)walaupun mereka sendiri merasa selesa hidup bergelumang dengan pelbagai dosa kecil dan dosa besar. Bahkan mereka berbangga(ng)melakukan kemungkaran dan kesesatan tanpa merasa malu dan segan.

    Malangnya mereka tidak pernah berfikir bahawa pada suatu hari nanti mereka akan pasti mati dan roh mereka akan dicabut dengan penuh siksaan dan penghinaan oleh Malikat Maut dan mereka akan kembali ke akhirat untuk menerima pembalasan yang setimpal dengan kejahatan, keburukan, kezaliman dan kesesatan mereka.

    Khadam-khadam kafir harbi ini adalah kepala bapak munafik yang berlagak seperti ayam jantan yang berkokok berderai-derai tetapi ekor sendiri bergelumang dengan tahi yang amat kotor dan menjijikkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PEMBETULAN:

      Kemudian Allah Ta’ala bermaksud:

      اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

      "Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka."

      Padam
  2. Minum arak macam minum air kopi je, tak ada rasa bersalah dan berdosa langsung. Bangga ada la. Lagi mu cakap org lain pergi ke kelab malam. Kalau kata anak mat sabu ke kelab malam ada la betulnya.

    BalasPadam