Header Ads

ads header

Flash News

Kerja roboh rumah atas tanah wakaf kecoh


BUTTERWORTH: Kerja meroboh rumah di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang di sini, hari ini, kecoh apabila sebahagian penduduk bertindak agresif hingga menyebabkan seorang anggota polis patah kaki.

Seorang petugas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) turut cedera diserang dalam kejadian itu.


SEORANG anggota polis cedera di dalam kejadian kekecohan dengan penghuni yang menghalang kerja-kerja merobohkan rumah di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang, Butterworth, Pulau Pinang. - NSTP/Rosli Ahmad
Sekumpulan anggota polis bersama Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di lokasi pagi tadi bagi menjamin keselamatan dan menghalang penduduk daripada melakukan perkara tidak diingini ketika petugas MAIPP melakukan kerja perobohan antara jam 9 pagi hingga 3 petang.

Bagaimanapun, ada penduduk gagal mengawal emosi dengan merempuh anggota polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata berikutan kejadian itu, seramai 11 individu termasuk enam wanita berumur 18 hingga 50 tahun ditahan kerana cuba menghalang kerja perobohan.


PENGHUNI menghalang pihak kontraktor merobohkan kediaman mereka di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang, Butterworth, Pulau Pinang. - NSTP/Rosli Ahmad

"Kami terpaksa menahan enam wanita ini kerana enggan beredar apabila diarahkan, sebaliknya berbaring di atas jalan raya bagi menghalang jentera masuk.

"Operasi merobohkan rumah berkenaan berjalan lancar selepas polis berjaya menyuraikan penduduk yang membantah di situ, kira-kira jam 3 petang tadi," katanya.

Anggota polis dan kakitangan MAIPP yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Tinjauan BH mendapati ada sebahagian penduduk menjerit, menangis dan merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak merobohkan kediaman mereka.


SEORANG penghuni menghalang jentolak merobohkan kediaman mereka di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang, Butterworth, Pulau Pinang. - NSTP/Rosli Ahmad

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan reaksi penduduk dihalang, selain jalan untuk masuk ke perkampungan itu disekat oleh pihak berkuasa, dikatakan bagi mengelak insiden lebih buruk berlaku.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata kerja meroboh di kawasan berkenaan dijalankan mengikut syarat ditetapkan.

"Perintah mahkamah sudah dikeluarkan yang meminta penduduk mengosongkan rumah seperti yang diarahkan.

“Kerajaan negeri akan melihat perkembangan seterusnya untuk meneliti kes ini sebelum mencari jalan penyelesaian terhadap penduduk di situ,” katanya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jalan Mengkuang, Abdul Hamid Khan Hussin, berkata dia tidak mampu berfikir dengan waras selepas melihat nasib menimpa dirinya dan keluarga.

"Bagi saya, MAINPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) memang tidak patut buat kami macam ini dan tak boleh fikir nasib kami semua macam mana selepas rumah dirobohkan.

"Saya buntu dan terkilan melihat satu persatu rumah penduduk di sini dirobohkan di depan mata,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini ada 19 keluarga yang diberikan notis pengosongan kediaman masing-masing, enggan berpindah seperti yang dijadualkan.

Mereka kemudian memohon kepada MAINPP supaya membenarkan penangguhan pemindahan kerana memerlukan masa untuk mengemas kelengkapan rumah.

Bagaimanapun, selepas tempoh masa diberikan terdapat empat penduduk lagi didapati tidak mengosongkan premis berkenaan, sebaliknya membuat kecoh ketika kerja meroboh mahu dilaksanakan.

Pada 2010, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) memperuntukkan RM50 juta bagi pembangunan atas Lot 208 Seksyen 2, Tanah Wakaf Abdul Cauder itu yang berkeluasan 1.09 hektar.

Berdasarkan perancangan awal, sebanyak 470 unit rumah pangsa kos sederhana dirancang dibina di atas tapak itu termasuk menempatkan semula keluarga terbabit.

Mereka ditawarkan rumah berkeluasan 1,000 kaki persegi dengan kadar sewa sementara bernilai RM500 sebulan, sehingga rumah pangsa kos sederhana di situ siap dibina.



MR :  Selepas rakyat bantu PH jatuhkan BN, Rakyat pula di'gigit'... tak ada sifat nak bincangan bagaimana nak selesaikan masalah rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Apa akan jadi kalau tempat org bukan islam dibuat begini?

    BalasPadam
  2. Kalau perlu bermandi darah....ayoh kita bermandi darah wahai umat melayu....

    BalasPadam