Header Ads

ads header

Flash News

Lelaki dianggap wira, halang lebih banyak kematian di Masjid Linwood


CHRISTCHURCH: Apabila penyerang bersenjata mara ke arah masjid, membunuh sesiapa yang dilihatnya, Abdul Aziz tidak bersembunyi.

Sebaliknya beliau mengambil benda pertama yang dijumpainya, sebuah mesein kad kredit dan berlari keluar sambil menjerit ‘Datang sini!’

Abdul Aziz, 48, dianggap wira kerana menghalang lebih banyak kematian ketika solat Jumaat di Masjid Linwood di sini selepas mengejar pengganas bersenjata sebelum menakutkannya sehingga penyerang memecut menaiki kereta.

Namun Abdul Aziz yang mana empat anak lelaki dan puluhan lain berada dalam masjid ketika berdepan dengan pengganas kulit putih Brenton Tarrant, 28, berkata, beliau berpendapat itu yang sesiapa akan lakukan.

Pengganas bersenjata itu membunuh 50 orang selepas menyerang dua masjid dalam insiden tembakan besar-besaran dalam sejarah New Zealand.

Pemangku imam Masjid Linwood, Latef Alabi berkata, angka kematian mungkin jauh lebih tinggi di masjid itu jika tidak kerana tindakan Abdul Aziz.

Latef berkata, beliau mendengar suara di luar masjid kira-kira jam 1.55 petang dan menghentikan solat diketuainya serta meninjau di luar tingkap.

Beliau melihat lelaki berpakaian ala tentera dan topi keledar memegang senjata besar dan menganggapnya pegawai polis. Kemudian beliau ternampak dua mayat dan mendengar penyerang menjerit kata-kata menghina.

“Saya menyedari sesuatu tidak kena. Ini adalah pembunuh,” katanya.

Beliau menjerit ke arah lebih 80 jemaah masjid supaya tunduk. Mereka teragak-agak. Satu tembakan kedengaran dan tingkap pecah bersama mayat jatuh, ketika itu jemaah menyedari ia bukan olok-olok.

“Kemudian saudara ini datang. Beliau mengejarnya dan berupaya mengalahkannya, dan sebab itulah bagaimana kami diselamatkan. Jika tidak, jika penyerang berjaya datang ke dalam masjid, justeru kami semua tiada,” kata Latef merujuk kepada Abdul Aziz.

Abdul Aziz berkata, ketika lari keluar sambil menjerit, beliau berharap dapat mengalihkan perhatian penyerang. Katanya, ketika pengganas lari semula ke kereta untuk mendapatkan satu lagi senapang, beliau membaling mesin kad kredit ke arahnya.

Katanya, beliau dapat mendengar dua anak lelakinya berusia 11 dan lima tahun, menggesanya kembali ke dalam masjid.

Penyerang kembali dan melepaskan tembakan, kata Abdul Aziz yang berkata beliau lari di celah kenderaan, menghalang Tarrant daripada melakukan tembakan langsung. Kemudian Abdul Aziz melihat senjata ditinggalkan penyerang dan mengambilnya, menghalakannya ke arah penembak dan memetik picu namun kosong.

Katanya, penyerang kembali semula ke kenderaan buat kali kedua, kemungkinan mengambil satu lagi senjata.

“Dia masuk ke dalam kereta dan saya baharu mendapat senjata dan membalingnya ke arah tingkap seperti panah sekali gus memecahkannya. Tingkap pecah sebab itulah pengganas takut,” katanya.

Video dalam talian menunjukkan pegawai polis berjaya memaksa kenderaan dinaiki pengganas berhenti dan menyeretnya keluar tidak lama kemudian.

Abdul Aziz yang berasal dari Kabul, Afghanistan meninggalkan negara itu ketika masih kanak-kanak dan tinggal lebih 25 tahun di Australia sebelum berpindah ke New Zealand dua tahun lalu.

Abdul Aziz berkata, beliau tidak merasa takut ketika berdepan penyerang.

“Ia seperti ‘autopilot’. Saya percaya Allah tidak fikir ia masa untuk saya mati,” katanya. -Agensi/AFP





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: