Header Ads

ads header

Flash News

LGBT makin berani sebab ada menteri seperti Mahfuz


Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Mahfuz Omar dinasihatkan supaya bertanya kepada bakal Perdana Menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau sebaliknya.

Saranan dibuat bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi susulan kenyataan Mahfuz bahawa pendirian tegas kerajaan PH terhadap golongan LGBT menjadi punca kumpulan minoriti itu semakin berani.

Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia turut membandingkan dengan pimpinan BN sebelum ini, yang mana kumpulan LGBT tidak pernah membuat demonstrasi menuntut hak kerana tiada penegasan dibuat terhadap mereka.

Membidas kenyataan itu, Puad yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, mungkin Mahfuz lupa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam akhbar The Malay Mail bertarikh 21 Ogos tahun lalu yang mana dilihat menggalakkan kegiatan LGBT.

“Itu bukti kerajaan PH cukup liberal terhadap LGBT. Itu bukan tegas namanya.

“Sebab itu kita hairan kenapa Mujahid boleh mencadangkan supaya ‘transgender’ boleh guna tandas wanita setelah berdialog dengan Nisha Ayub tokoh transgender Malaysia. Bukankah ‘transgender’ secara fitrah adalah lelaki. Mana boleh walaupun mereka mengaku perempuan.

“Elok Mahfuz tanya Anwar Ibrahim sama ada dia sokong LGBT atau tidak. LGBT akan semakin berani menuntut hak yang bukan-bukan kerana adanya menteri seperti Mahfuz,” katanya. - ISMA WEB


MR :  Mahfuz ni bercakap tak guna akal, layan dia habis masa


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Yang keluar PAS,nampak makin tolol dan bodoh walaupun dah jadi menteri

    BalasPadam
  2. Mahfus sudah jadi mampus .

    BalasPadam