Header Ads

ads header

Flash News

LGBT tidak diterima di Malaysia - Tun Mahathir


PUTRAJAYA: : Kerajaan Pusat bertegas bahawa amalan seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, konsep kekeluargaan kekal sebagai pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin, mempunyai anak, termasuk anak angkat.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sini hari ini, susulan permintaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya kerajaan mengiktiraf golongan itu di negara ini.

“Kita kena ingatkan Suhakam, sistem nilai kita tak sama dengan sistem nilai barat. Mereka lebih bebas.

"Tetapi di Malaysia ada perkara tertentu yang kita tak boleh terima, walaupun sekarang boleh dianggap sebagai hak asasi manusia di barat.

“Kita tak boleh terima LGBT, perkahwinan antara lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan. Dan konsep kekeluargaan kita tetap sama, iaitu pasangan lelaki dan wanita, serta anak-anak, termasuk anak angkat,” katanya lagi.

Terdahulu, Dr Mahathir mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra.


MR :  .Mahathir kata tak boleh tapi nak buat macam mana D4P dengan sokongan khadam P4N setujui... Maka beraraklah LGBT dengan megahnya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:


  1. https://prediksibolaqqm77.blogspot.com Prediksi Jitu Skor - Over/Under - Asian Handicap Pertandingan Sepak Bola Terlengkap dan Terupdate

    BalasPadam
  2. Babi jantan hanya cari babi betina untuk mengawan.kalu babi jantan cari babi jantan dan babi betina cari babi betina untuk mengawan, maka sah babi itu gila.

    BalasPadam