Header Ads

ads header

Flash News

‘Presiden pilih Streram, saya akur’ - Tanggam



SEREMBAN 12 Mac - Ketua PKR Cabang Rembau, R. Tanggam yang sebelum ini menolak Dr. S. Streram dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akur dengan keputusan parti memilih pakar bius itu.

Ujarnya, keutamaan beliau dan ahli cabang berkenaan adalah untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRK pada 13 April nanti.

"Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah buat keputusan, saya terima dan akur. PKR Cabang Rembau menyokong dan akan bertungkus lumus memastikan kemenangan kita dengan majoriti besar.

"Yang penting sekarang adalah menang kerana ia adalah maruah parti. PH kalah dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih dan ia bawa kesan tidak baik. Kita akan berusaha beri kemenangan demi untuk Anwar dan parti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tanggam antara individu yang dicadangkan untuk bertanding kerusi DUN Rantau sebelum ini tidak bersetuju Streram dicalonkan kerana menyifatkannya bukan anak tempatan.

Streram yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau semalam diumumkan sebagai calon PH bagi kerusi DUN tersebut.

Ditanya mengenai peluang Streram untuk menang, Tanggam berkata, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkannya kepada pengundi untuk membuat keputusan.

Beliau turut menasihatkan ahli-ahli PKR Cabang Rembau yang tidak bersetuju dengan pemilihan Streram supaya menerima dengan hati terbuka keputusan yang telah dibuat parti. - UTUSAN ONLINE



MR :  Nak kata macam mana lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: