Header Ads

ads header

Flash News

‘RM100 jika sanggup lempar telur busuk ke kepala Adun DAP’


“Saya harap ada orang yang akan melempar telur busuk ke kepala Adun Mengkibol, Chew Chong Sin, seperti mana berlaku kepada Senator Fraser Anning. Saya akan bayar RM100 kalau ada orang sanggup buat sebagai simbol pengajaran.”

Demikian cabar bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), susulan kenyataan wakil rakyat DAP baru-baru ini, yang mengaitkan serangan masjid di New Zealand dengan kerjasama UMNO dan PAS.

Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, tawaran RM100 yang dibuat bukanlah berniat untuk menghasut.

“Si penghasut ialah YB Mengkibol. Itulah taktik DAP cauvinis. Lempar dulu provokasi kemudian minta maaf. Selamat melempar,” kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu.

Terdahulu Ching Sin mendakwa, pembunuhan beramai-ramai yang berlaku harus menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme.

Sebelum menarik balik kenyataan itu, dia kononnya bimbang mengenai kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.

Manakala, isu ‘telur’ pula menjadi perbualan dunia apabila seorang remaja lelaki dari Australia, Will Connolly, menunjukkan keberanian apabila mengetuk telur ke kepala Senator Queensland.

Dijuluki sebagai ‘eggboy’ selepas bertindak demikian, Connolly memberitahu, tindakan mengetuk kepala Anning dengan telur itu sebagai membantah sikap senator berkenaan yang menyalahkan umat Islam dalam tragedi di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Anning sebelum ini menyalahkan masyarakat muslim yang didakwa menjadi punca kepada serangan seorang pengganas kelahiran Australia yang menyebabkan 50 jemaah masjid terbunuh Jumaat lalu.

Connolly mendapat pujian, malah ada juga pengguna laman sosial yang menawarkan percutian dan kereta mewah kepadanya.


MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan