Header Ads

ads header

Flash News

Sangka ikan besar, pemancing terkait mayat gadis lemas


ALOR SETAR, 27 Mac — Seorang pemancing tidak menyangka terpancing mayat ketika memancing di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata dalam kejadian pada Sabtu malam mata kail pemancing itu tersangkut pada sesuatu yang berat dan apabila ditarik ternyata yang muncul bukannya ikan besar tetapi mayat seorang remaja perempuan.

“Pemancing itu kemudian melaporkan penemuannya itu kepada polis dan apabila tiba di lokasi penemuan yang terletak berhampiran Gua Kerbau, pihak polis mendapati mangsa berpakaian lengkap, namun tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

“Pemeriksaan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa dan tiada unsur jenayah dikesan. Mangsa dipercayai mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Ismail berkata polis kemudian telah menerima maklumat daripada orang awam yang menjumpai sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda di tepi Sungai Sentap dan hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan milik seorang remaja perempuan dari Simpang Ampat, Perlis.

“Kita telah mengesan keluarga pemilik motosikal itu yang tinggal di Kuala Sungai Baru, Sanglang di Simpang Ampat, Perlis.

“Ibu bapa pemilik motosikal tersebut juga telah diminta membuat pengecaman dan telah mengesahkan bahawa mangsa adalah anak mereka,” katanya.

Mohd Ismail berkata, pada Ahad polis telah menahan teman lelaki mangsa yang berusia 18 tahun dan setelah disiasat suspek mendakwa telah bertengkar dengan mangsa sebelum mereka terjatuh ke dalam sungai.

“Suspek berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa disyaki lemas, namun suspek tidak meminta bantuan daripada orang ramai.

“Mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star telah selesai dibedah siasat pukul 1.40 pagi Isnin dan pihak polis kini sedang menunggu hasil bedah siasat sebelum mengetahui punca sebenar kematian,” katanya. — Bernama


MR :  Remaja sekarang masih kecil berkrisis dengan "jantan"


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan