Header Ads

ads header

Flash News

“Subsidi Haji: Menteri Jangan Tunggang Agama”


1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, menjelaskan bahawa kerajaan akan mengurangkan subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji dengan menggunakan konsep “Istito’ah”. Konsep berkenaan diperkenalkan bagi mengurangkan bantuan TH. Istito’ah bermaksud seseorang hanya boleh pergi haji dalam keadaan yang mampu.

2. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mengecam kenyataan YB Menteri yang seakan-akan menggunakan istilah arab dan bermain dengan kata-kata untuk menghalalkan subsidi dikurangkan. Kos sebenar haji ialah RM22,900. Selama ini, rakyat hanya membayar RM9,980 untuk membolehkan mereka mengerjakan ibadah rukun Islam kelima itu. Persoalannya, jika dahulu kerajaan Barisan Nasional menjaga kebajikan rakyat, terutama umat Islam, kenapa hari ini kerajaan Pakatan Harapan terus membebankan rakyat?

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kerajaan memperhalusi balik keputusan ini kerana keputusan sebegini menekan rakyat. Bagaimanakah pakcik dan makcik di kampung hendak mengumpul RM22,900 di waktu keadaan ekonomi Malaysia sendiri makin tenat dengan kos sara hidup makin melambung tinggi. Pakcik dan makcik di kampung juga tertekan dengan penurunan harga getah dan kelapa sawit yang mencari punca mata pencarian mereka. Jika pakcik dan makcik berjimat dan menyimpan sebanyak RM100 sebulan, mereka memerlukan masa menyimpan selama 229 bulan atau 19 tahun!

4. Seharusnya subsidi terus diberikan kepada rakyat Malaysia untuk pergi mengerjakan haji pertama. Itulah yang dinamakan kerajaan berkebajikan. Banyak aset TH yang sudah diletakkan di bawah SPV. Kemanakah perginya apa jua pulangan dan keuntungan daripada dasar penstrukturan semula aset-aset TH ini hingga kerajaan masih mahu memeras segalanya daripada rakyat?

5. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia sekali lagi menggesa YB Menteri memperhalusi kembali keputusan memotong subsidi haji demi menjaga kebajikan rakyat, dalam kes ini rakyat yang beragama Islam.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan,
Ketua Pemuda Dewan Pemuda IKATAN Malaysia

MR :  AMANAH khianat perjuangan, merosakkan imej IKRAM yang kini bukan lagi pertubuhan yang menjaga kepentingan Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Tengok muka Menteri agama ini tidak boleh angkat Moga Allah anpun kan aku . Bukan apa beliau lebeh terok dari menteri agama yang lain lain .

    BalasPadam
  2. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya; ‘bagaimana maksud amanat disia-siakan? ‘ Nabi menjawab; “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” (BUKHARI – 6015)

    Jika urusan agama Islam diserahkan kepada kepala bapak liberal yang menjadi khadam kafir harbi, tunggulah kebinasaan dan kehancuran yang akan menimpa umat Islam.

    BalasPadam
  3. Bila lihat wajah para barua dan khadam DAP dari kalangan parti khianat, tiada langsung terpancar nur ...semua berwajah keruh dan hitam serupa hati hati mereka

    BalasPadam