Header Ads

ads header

Flash News

Subsidi haji ‘panas’ kembali


Isu subsidi haji kembali menjadi perbualan hangat hari ini, apabila kerajaan dilaporkan akan mengurangkan beban dihadapi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah, pada masa depan.

Kali ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, terus mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kemarahan umat Islam, dengan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa subsidi haji akan dikurangkan pada masa depan.

Menjadikan konsep istito’ah atau ‘kemampuan’ sebagai alasan untuk mengurangkan subsidi haji yang ditanggung TH, Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kos sebenar haji adalah RM22,900 dan jika jemaah tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk menampung perbelanjaa, bermakna mereka tidak mampu.

“RM22,900, itu kos sebenar haji. Kalau tidak cukup, dia tidak mampu. Tabung Haji bantu mengurangkan beban mereka. Tetapi dari sudut keperluan fikah, dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan mampu,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga berkata, kemampuan adalah sebahagian syarat melakukan haji iaitu dari aspek kewangan.

Dalam Islam, mereka yang cukup syaratnya, iaitu berkemampuan, wajib mengerjakan haji sebagaimana yang dinyatakan dalam Rukun Islam.

Kewajipan mengerjakan haji diterangkan oleh Allah Taala di dalam al-Quran dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Ali Imran: 97)

Tanpa menjelaskan bila konsep istito’ah itu akan diperkenalkan, Mujahid berkata, ia akan dilaksanakan pada masa depan bagi mengurangkan beban peningkatan kos mengerjakan haji yang ditanggung TH setahun ke setahun.

Hasil carian Ismaweb.net mendapati kempen memperjelaskan konsep istito’ah ini kepada umat Islam sudah dimulakan sejak pertengahan bulan lalu menerusi laman Facebook rasmi TH.

Namun, menerusi komen netizen mereka mengatakan semua umat Islam memahami istilah ‘mampu’ untuk mengerjakan haji.

“Ini semua orang tahu. Sebab itu TH ditubuhkan untuk mengurangkan beban dan membantu umat Islam Malaysia yang dapat pergi haji dengan mudah. Duit pendeposit bukan ke boleh dilaburkan untuk menjana keuntungan, jadi keuntungan itu yang dikembalikan dalam bentuk subsidi haji.

“Kalau pengurusan sekarang tak mampu buat macam tu, please resign! Kepercayaan umat Islam terhadap TH semakin terhakis. Dulu satu institusi Islam yang sangat dibanggakan,” kata seorang pengguna Facebook.

Pada masa sama, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap kerajaan tidak sesekali mempertimbangkan cadangan mengurangkan subsidi haji bagi jemaah muasasah kali pertama.

Katanya, menggunakan alasan konsep ‘istito’ah’ atau ‘kemampuan jemaah’ untuk menghalalkan TH mengurangkan komitmen subsidi yang diberikan selama ini, bagaikan cubaan melupakan matlamat asal penubuhan TH.

“Sedarlah bahawa tujuan utama penubuhan TH sejak awal penubuhannya 1969 adalah untuk membantu memudahkan dan menguruskan segala aspek yang menyentuh urusan haji rakyat Malaysia.

“Ini termasuklah berfungsi menguruskan dana umat Islam bagi memperoleh keuntungan yang membolehkan TH membantu mengurangkan bebanan jemaah dengan menawarkan perkhidmatan terbaik pada kadar yang terendah,” katanya mengulas perkembangan terbaharu isu subsidi haji itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu mengimbas isu subsidi haji dengan menjelaskan bahawa ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, tiga kali pengurusan TH memohon kepada kerajaan untuk menaikkan caj mengerjakan haji terhadap jemaah.

Namun, katanya, ketika itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak tidak pernah bersetuju dan sentiasa mengingatkan mengenai matlamat penubuhan TH, malah membantu TH dengan memberikan peluang perniagaan, pelaburan dalam pelbagai sektor, termasuk hartanah bagi memastikan TH mempunyai kekuatan kewangan yang mantap dan memperoleh keuntungan optimum bagi meneruskan usaha membantu rakyat, khususnya jemaah Haji.

“Apakah kenyataan YB Dr. Mujahid yang terbaru ini memberikan indikasi bahawa kerajaan PH tidak lagi mahu membantu TH mengembangkan perniagaan mereka?

“Atau, apakah ini juga memberikan isyarat kegagalan penstrukturan semula TH, termasuk kesilapan keputusan penjualan aset-aset strategiknya kepada SPV di bawah Kementerian Kewangan yang bernilai RM19.9 billion?,” katanya. - ISMA WEB


MR :  Antara menteri ego tak bertempat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

9 ulasan:

  1. Kenapa perkara yg sebelum ini boleh beri tetiba bila PH memerintah dh xboleh beri?...sudahla janji² manifesto xdapat ditunai, yg boleh beri pun nk diusik...berbagai subsidi dan bantuan dizaman BN banyak dikurangkan dan dimansuhkan. Rakyat ramai kehilangan kerja, harga barang naik. Adakah 1MDBlah punca semua ini? Adakah kerana hutang negara RM686.8B menjadi puncanya?.. Andainya PRU14 haritu BN kekal memerintah, adakah rakyat akan mengalami keciwa mcm sekarang ini?..PH indah khabar dari rupa..penipu besar.

    BalasPadam
  2. jangan lari dari matlamat asal penubuhan TH. TH bukan tempat untuk membuat keuntungan dan menghimpun kekayaan. TH tempat untuk umat Islam yang 'kurang' berkemampuan mendapat peluang mengerjakan ibadat haji. itu lah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. bukan buat untung atas rakyat!!!

    BalasPadam
  3. Pemimpin-pemimpin pakatan munafik liberal-kafir harbi mempunyai lidah biawak yang bercabang kerana mereka suka menfitnah parti lawan, memberikan pelbagai janji palsu dan bercakap putar belit dan selalu u-turn untuk kencing rakyat sehingga hancing seluruh negara.

    Mereka bersikap lain di mulut dan lain pula di hati kerana hati mereka hitam berkarat. Hati mereka penuh dengan kemunafikan (hipokrasi) menyebabkan mereka suka menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam, institusi Islam, perjuangan Islam dan parti Islam dan menindas dan menafikan hak umat Islam. Mereka sanggup menjadi khadam kafir harbi dan menjual agama untuk mendapatkan habuan dunia.

    Maka kita tidak merasa hairan melihat mereka sembang lebat babi pun boleh terbang akhirnya habuk pun tarak ! Cakap tidak serupa bikin ! Rakyat juga yang menanggung kerugian dan beban rakyat bertambah berat.

    BalasPadam
  4. Pan,,,mereka dan kafir dap sering melaungkan2 " lebai menunggang agama " kepada pas. Hakikatnya, mereka lah lebai2 busuk dan hancing yg ditendang keluar oleh pas, yg sekarang ini ditunggang oleh kafir dap. Mujahid ni, bukan lulusan ugama ,dia hanya belajar di fakulti b.arab. Bukannya lulusan kuliah syariah atau usuluddin. Konsep istito'ah yg dia kata tu betui. Ada disebut dlm quran. Tak istito'ah maknanya tak mampu, maka seseorang itu tak wajib menunaikan fardu haji. Tapi, isu sekarang ialah, th melabur duit pendeposit dan untung,,keuntungan ini di ambil dan dijadikan subsidi kpd jamaah haji yg dipiih th untuk menunaiksn haji pada setiap tahun. Jadi, daripada tidak mampu, mereka jadi mampu dgn subsidi tadi. Subsidi tadi bukannya hutang daripada mana2 institusi kewangan dan kena bayar balik, bahkan ianya hasil keuntungan pelaburan th. Pelaburan ini guna wang pendeposit. Jadi, apa madalahnya? BN, sekalipun difitnah mcm2, termasuk pas juga dulu2 ni mcm2 buruk sangka dgn th, bn tetap berusaha memastikan setiap jamaah haji mendapat subsidi. Tetapi ph, lge menteri kewangan berasa dengki dgn kejayaan th membantu umat islam. Di reka persepsi buruk bahawa th terlebih bayar dividen utk 4 tahun kebelakangan. Tujuannya utk memburukkan najib dan umat islam keseluruhan bahawa org islam banyak tidak amana dlm pengurusan. Hasilnya, aset th yg didakwa kononya tiada daya saing dijual kpd spv, ( syarikat haramjadah apa pun tak tahulah,,ini semua mainan cina utk mengelirukan org melayu ph yg bodoh tu ). 19 billion aset th yg sebenarnya banyak beri untung, telah dijual oleh kafir dap laknatullah. Sekarang,,mana nak ada untung yg banyak, jd ,mana nak ada duit utk bagi subsidi. Jd, lge arah islam liberal keparat mujahid ni la cari alasan ugama demi menghalalkan tindakan mereka.

    BalasPadam
  5. Ini jelas membuktikan pakatan munafik liberal-kafir harbi telah menyamun wang dan asset tabung umat Islam sehinggakan tabung tersebut tidak mampu memberi subsidi kepada umat Islam yang mahu menunaikan fardhu haji.

    Inialah akibatnya apabila sebilangan umat Islam mengundi pakatan munafik liberal-kafir harbi !!!!

    BalasPadam
  6. TH berperanan utk membantu kurgkan beban bakal2 jemaah & menguruskan simpanan mereka. Mujahid x boleh implement konsep istito'ah ni dlm TH sbb TH salah satu peranannya ialah utk bantu bakal jemaah supaya mampu kerjakan haji.kalau malaysia ni mcm negara kafir boleh la terima konsep istito'ah ni sbb bakal jemaah 100% bergantung pd diri sendiri saja utk ke tanah suci.beza dgn Malaysia sbb ada TH.Mujahid jgn galak sgt kenalkan konsep2 kononnya islamik utk halalkan apa yg kerajaan PH buat pd org islam.silap haribulan bila takdak kuasa orang kencing kubur kau mujahid.

    BalasPadam
  7. Wang dan asset dari tabung umat Islam telah disamun oleh puak kafir harbi dan khadam liberal mereka dan dilarikan ke syarikat haram jadah yang telah ditubuhkan oleh puak tersebut. Maka tidak hairanlah tabung tersebut telah gagal membantu umat Islam yang mahu menunaikan fardhu haji.

    BalasPadam
  8. Menunaikan haji adalah rukun Islam...hukumnya fardhu kepada org Islam.
    TH ditubuhkan utk org Islam melabur supaya dpt menunaikan haji. Subsidi yg diberi itu datang dari keuntungan pelaburan TH. Jadi keuntungan itu KHUSUS utk org menunaikan rukun Islam itu..jgnla diambil sebahagian utk dimasukkan kedalam kantung pendapatan negara. Tak takut ka dosa ambil duit simpanan org nk tunai rukun Islam?

    BalasPadam
  9. Puak munafik liberal dan puak kafir harbi bersekongkol untuk menyamun dan melingkupkan ekonomi umat Islam kerana musuh Islam ini tidak percaya pada pembalasan di akhirat.

    BalasPadam