Header Ads

ads header

Flash News

Terdesak dengan data terkini, Dr M tulis warkah merayu undi


Mengikut sumber Bilik Gerakan PH, kedudukan PH yang akan kalah lebih kurang 2000 undi membuatkan Mahathir tidak selesa dan mengambil keputusan membuat rayuan undi kepada pengundi melalui warkah kepada pengundi.

Dr Mahathir Mohamad merayu pengundi memilih calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil DUN Semenyih yang berlangsung esok, sambil berjanji mandat mereka tidak akan disia-siakan.

Pengerusi PH itu berkata, calon PH Muhammad Aiman Zainali akan beri perkhidmatan lebih berkesan kepada penduduk kawasan tersebut.

“Ini termasuk menyuarakan hasrat penduduk Semenyih mengenai keperluan pembangunan infrastruktur, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, kebajikan, pekerjaan, pertanian dan kemajuan ekonomi setempat untuk perhatian serta tindakan lanjut oleh kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga merayu pengundi keluar beramai-ramai esok dan mengundi calon PH. 

“Sama-sama kita teruskan untuk pulihkan negara dan memelihara kebajikan rakyat,” kata beliau.

Mahathir berkata, PRK DUN Semenyih tidak membawa perubahan kepada kerajaan, tetapi percaya pengundi matang dan akan memilih wakil rakyat yang bersih, cekap, amanah dan berintegriti untuk memberi khidmat.

Beliau berkata, dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu, pengundi Semenyih memilih calon PH dan hasilnya, pemerintahan Barisan Nasional dapat ditumbangkan.

Katanya, dalam tempoh 9 bulan PH mentadbir negara, pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan keadaan negara dan kebajikan rakyat.

Ini termasuk melaksanakan inisiatif mengurangkan kos sara hidup serta membetulkan tadbir urus negara dan menghapuskan rasuah.

DUN Semenyih mempunyai 54,503 pemilih berdaftar merangkumi 53,520 pengundi biasa, 951 pengundi awal dan 32 pengundi tidak hadir luar negara.




MR :  Kesian orang dah kenal siapa Mahathir, kepala perompak wang negara... Tak percaya tanya Mat Sabu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan