Header Ads

ads header

Flash News

Harapan Yang Musnah


Tewasnya PH tiga kali berturut-turut dalam PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau menunjukkan kekecewaan rakyat dengan kerajaan ini. 


Rakyat kecewa kerana menterinya tidak kompeten, dasarnya tidak jelas, kos hidup semakin meningkat, tadbir urus yang lemah, dan lainnya.

Saya ingat pemimpin PH demokratik dan boleh menerima perbezaan pandangan, tetapi realitinya tidak.

Apabila empat orang pensyarah memberikan pandangan mereka tentang Statut Rom, ada pemimpin PH yang meminta mereka disiasat dan diambil tindakan.

Kenapa sampai begitu?

Sanggahlah pandangan pensyarah ini dengan hujah dan serahlah kepada rakyat untuk menilainya.

Saya cukup tidak selesa apabila perbezaan pandangan mahu disekat dengan ugutan. Lainlah jika pandangan mereka itu mengancam keselamatan negara dan bertentangan dengan undang-undang.

Jangan hanya kerana berkuasa sekarang, perjuangan PH yang dahulunya untuk menegakkan demokrasi dikesampingkan.

Begitu juga dengan tindakan kerajaan hari ini. Jangan diulangi kesilapan kerajaan dahulu.

Mengulanginya bererti membetulkan kata-kata oposisi hari ini bahawa kerajaan PH adalah kerajaan sepenggal.

Setelah PRK Rantau, rakyat menghantar mesej mudah: Musnahnya harapan mereka dengan kerajaan PH ini!

Mohammad Agus Yusoff


MR :  PH ego bila berkuasa


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Haha...saya dulu hormat prof agus sebagai penganalisis politik...tetapi tidak lagi kerana dia gagal menganalisis apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. 70% orang Melayu yang tidak memilih PH nampaknya lebih bijak daripada prof yang gagal membaca penipuan, fitnah dan setiap langkap yang diambil oleh DAP yang ibarat menangguk di air keruh akibat perpecahan orang Melayu.

    BalasPadam