Header Ads

ads header

Flash News

Kemenangan BN hasil politik Islam, kata Noraini


Seorang pemimpin kanan Umno hari ini berkata kemenangan calon mereka di Rantau semalam menunjukkan bahawa pengaruh politik Islam semakin terserlah di negara ini.

Ketua Wanita Umno Dr Noraini Ahmad berkata hal itu terwujud hasil kerjasama erat di antara parti itu dan PAS.

"Kerjasama BN dan PAS yang semakin hari semakin kuat jelas memberi isyarat kepada penyokong kedua-dua parti untuk terus komited menjayakan sinergi politik ini," katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Semalam pemangku presiden Umno Mohamad Hasan mempertahankan kerusi yang diwakilinya sejak 2004 selepas mengetepikan tiga pencabar lain, termasuk calon PH, Dr S Streram.

Mohamad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan itu mengekalkan kerusi Rantau dengan majoriti 4,510 undi.

Untuk rekod sewaktu berseteru dulu PAS menganggap Umno sebagai parti kebangsaan dan sekular.

Umno pula menganggap PAS sebagai parti yang mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.

Sebelum Rantau, pembangkang juga mengekalkan kerusi parlimen Cameron Highlands dan merampas kembali kerusi DUN Semenyih pada dua PRK yang terakhir.

Jasa dikenang orang

Sebagai perbandingan PH pula memenangi empat PRK terdahulu iaitu di Seri Setia, Sungai Kandis, Balakong dan Port Dickson.

Noraini berkata, kemenangan kali ketiga BN dalam PRK ini membuktikan kerjasama seluruh jentera Umno serta parti komponen dan rakan mereka seperti IPF, Makkal Sakti dan Kimma berada pada tahap cukup baik.

Dalam pada itu Noraini menyifatkan pengundi DUN Rantau berani menyatakan pendirian terhadap kegagalan kepimpinan kerajaan PH khususnya dalam menangani isu ekonomi dan kos sara hidup.

"Kemenangan BN juga membuktikan, faktor calon yang diterima semua segmen pengundi termasuk India dan Cina menjadi penyumbang kemenangan kepada parti," tambahnya lagi.

Sementara itu Naib Presiden Umno, Khaled Nordin, menyifatkan kemenangan Mohamad membuktikan rakyat Rantau mengenang jasa baik bekas menteri besar terbabit.

Katanya, ia juga turut memberi gambaran kerjasama BN dan PAS membesar secara organik sekali gus menimbulkan kegusaran dalam kalangan PH khususnya DAP.

"Jelaslah betapa jasa yang baik akan terus dikenang dan diingati oleh rakyat tanpa perlu dipaksa-paksa dan dimomokkan dengan ancaman fitnah dan taktik kotor yang menyerang peribadi.

"Masyarakat nampaknya mahu terus memberikan isyarat keras kepada kerajaan, bahawa, biar apa pun alasan yang digunakan untuk membalut kesilapan dasar dan keputusan mereka yang tidak menyebelahi rakyat, rakyat akhirnya boleh berfikir dengan matang dan menilai secara adil akan kegagalan PH," katanya.

Khaled berkata dengan kemenangan itu pembangkang harus terus bekerja keras untuk menyantuni dan membantu masyarakat yang dikecewakan oleh kerajaan PH.

MR :  Islam jalan penyelesaian masalah masyarakat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sangat setuju. Saya berharap sangat agar kerjasama pas dan umno ini bertambah erat hari ke hari. Jangan ada hendaknya dari kalangan pas dan umno yg termakan dgn hasutan pihak2 luar terutama daripada pan dan ppbm. Mereka adalah talibarut dap untuk menghancurkan hubungan erat pas dan umno. Umno akan bertambah kuat dan disegani apabila disokong oleh pas. Ini yang sepatutnya berlaku sejak dari dahulu. Bukan bergaduh ,,sehingga ugama dan bangsa dihina pelampau cina dap dan india pkr. Insyallah, dgn sokongan mca dan mic,,maka bn baharu ini akan lebih diyakini rakyat malaysia yg berbilang kaum.

    BalasPadam