Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PH bagaikan kera mendapat bunga kata Mufti Perlis


ARAU 15 April - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin seolah-olah memberi gambaran kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila melabelkan kerajaan kini bagaikan 'kera mendapat bunga'.

Katanya, peribahasa itu bermaksud seseorang yang tidak tahu menghargai ataupun menggunakan dengan cara betul, apa yang dia perolehi.

Beliau berkata, hal demikian juga terjadi apabila seseorang itu mendapat kuasa tetapi tidak tahu bagaimana cara dan disiplin yang sepatutnya dilakukan dengan kuasa tersebut.

“Kuasa diberikan untuk membaiki keadaan rakyat agar lebih baik dan membela yang lemah.

“Malang jika ada yang mendapat kuasa untuk menunjuk-nunjukkan kuasa. Maka kenalah perumpamaan Melayu ‘bagai kera mendapat bunga’ dan ‘bagaikan si kudung mendapat cincin’,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Meskipun tidak menamakan kepada siapa status tersebut ditujukan namun dipercayai merujuk kepada kegagalan kerajaan PH selepas hampir setahun mentadbir negara.

Mohd. Asri ketika mengulas prestasi kerajaan PH sebelum ini turut mengakui kecewa dan menyifatkan mereka gagal menjalankan tanggungjawab serta tugas dengan baik, sekali gus turut mengecewakan rakyat yang menaruh harapan tinggi terhadap kerajaan baharu itu.

Dalam kenyataan beliau pada 3 April lalu itu, Mohd. Asri juga tidak menolak kemungkinan jika sekiranya para pemimpin PH tidak berubah khususnya dalam soal perebutan jawatan sesama sendiri, mereka bakal menjadi kerajaan sepenggal.

“Saya sejujurnya berharap kepada urus tadbir negara yang baik dan saya tahu hasrat itu ada, tetapi saya rasa mereka tidak berkemampuan untuk melakukannya atas banyak faktor seperti calon-calon yang memang kurang pengalaman dan pertembungan dalaman sesama sendiri.

“Oleh itu, agenda perubahan yang kita harapkan itu tidak diberikan perhatian,” katanya. - UTUSAN ONLINE

MR :  Sebelum ini pun Dr Asri tak tahu nak nilai 'bunga'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Mufti Perlis salah satunya penyumbang kejatohan kerajaan dahulu .dan masih lagi pembela kerajaan kini . Satu comment puji kerajaan lalu sepuloh pujian untok kerajaan kini .pentasubnya pula kata beliau adil dalam teguran .

    BalasPadam
  2. Jika jumpa anjing atau kera dgn Maza... ketuk Maza dulu baru yang lain... sebab yang lain sekadar mengigit tapi mudarat Maza lebih besar dari digigit.

    BalasPadam