Header Ads

ads header

Flash News

Masalah Kerajaan Lalu


Apabila menjawab tentang kegagalan melaksanakan manifesto, pemimpin PH berkata, "ini adalah kesan hutang kerajaan lalu".

Apabila bercakap tentang masalah harga sawit jatuh, PH yang haprak berkata, "ini masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan lalu".

Apabila bercakap tentang tentang hibah Tabung Haji yang paling rendah dalam sejarah, mereka terus berkata, "ini disebabkan kelemahan kerajaan lalu."

Semua kegagalan mereka dalam urus tadbir negara akan disabitkan kepada kerajaan lalu.

Namun sebagai rakyat Terengganu, sehingga kini belum pernah kami dengar MB kami, Dr Ahmad Samsuri dan kerajaan negeri menyalahkan kerajaan lalu.

Kalau nak diikutkan, apa masalah kerajaan lalu tidak tinggalkan untuk kerajaan hari ini. Mungkin lebih kronik daripada yang dihadapi oleh kerajaan pusat pada hari ini. Masalah hutangnya, projek-projek terbengkalainya yang mencecah ratusan juta ringgit. Projek sakit, baikpulih projek runtuh dan  masalah royalti petroleumnya. Semuanya boleh dijadikan 'modal' sekiranya kerajaan PAS Terengganu hendak 'berbasa-basi' dengan rakyat.

Jelaslah, kejujuran dan akauntabiliti dalam politik Islam jauh lebih bermaruah untuk diyakini dan menjadi pilihan rakyat. In sha Allah, tidak beberapa lagi, kerajaan PH hari ini juga akan menjadi "kerajaan lalu". Kita hanya memerlukan 'kepimpinan Dr. Ahmad Samsuri' untuk maju ke hadapan.

Pena Wakaf,
8 April 2019


MR :  Masalah sebenar adalah PH tak tahu nak buat kerja


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan