Header Ads

ads header

Flash News

Maszlee disindir isu tukar nama Permata, 'Genius Yang Hilang'


KUALA LUMPUR, 16 April — Ekoran Program Permata Negara dijenamakan semula menjadi “Genius”, sebahagian warga maya menyindir menteri pendidikan.

Rata-ratanya tidak puas hati dan kesal kerana pertukaran itu disifatkan sebagai “perubahan kosmetik” sahaja, bahkan mereka berasa tindakan tersebut tidak perlu.

Mereka turut mempersoal Maszlee Malik sama ada pertukaran nama program hanya disebabkan ia dipelopori bekas isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Paling sinis, penterjemah Al-Mustaqeem Mahmod Radhi mengubah suai perkataan itu pada buku seni nafkah batin “Permata Yang Hilang” menjadi “Genius Yang Hilang”.

Berikut adalah luahan sebahagian pengguna Facebook dan Twitter:

Najib Razak: Genius! Pakar tukar nama geng PH ni.

Pyanhabib Rahman: Dari permata mereka namakan `genius'. Gua yang tidak genius ini terfikir kenapa tidak 'pintar' atau ya,`bestari'?

Eh, cadangan gua ini genius, pintar atau bestari? Ah, bahasa Melayu tidak ada nilai, bangang, serabut, lintang-pukang, tidak pergi 'internasional'.

Syed Husin Ali: Menteri PH asyik tukar nama bukan isi. Kenapa guna nama BI (bahasa Inggeris) Genius pula bukan nama BM (bahasa Melayu) Geliga? Susahlaaah!

Haizan Azmi: Penjenamaan semula  Permata = Genius. Tidak cerdik mana. Tolong kreatif lebih sikit.

Wan Mardhi: Benda boleh rebranding, buat apa tukar kerajaan.

Muhammad Najib:  Jadi rasanya nama Permata ni tak ada cacat cela yang mewajibkan tukar nama. Sebab itu aku tak berapa faham kenapa Permata nak tukar jadi Genius?

Nazaruddin Mohamad: #PPA1M tukar jadi #PPAM; #Permata tukar jadi #Genius. Memang hebat dan genius kepala otak pemimpin kerajaan PH ni.

Sharul Roul Bashar: Laa, setakat ni saja ka level Menteri #PakatanHarapan? semua benda main rebadge ala2 #KeretaNasional aje gayanya...

 Md Share Abd Ghani: Tengok saya bungkus buku gunakan 'goodybag' untuk kiriman melalui pos laju (yang menunjukkan gambar).

#GENIUS tak saya? Kalau masa kecik dulu mak masukkan saya dalam program #PERMATA, mesti sekarang saya dah jadi menteri kecerdikan

Puteri Fdarv: #Genius ini sifat, sebaik- baiknya kekalkan nama Permata kerana agenda adalah sama iaitu mencungkil potensi bakat kanak kanak yang mana hasilnya menjurus kepada Genius.

Isyraffazly: Assalamualaikum YBM Dr Maszlee. Boleh saya tahu kenapa YBM tukar nama Permata kepada Genius? Apa kesannya jika dikekalkan? Apa pulak kepentingan untuk menukar? Mohon respon. Terima kasih.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. kerana Maszlee ini genius bab tukar nama . kerja apa lagi dia boleh buat .

    BalasPadam