Header Ads

ads header

Flash News

MCA bidas PH lulus 49 projek lebih RM2 bilion menjelang PRK Sandakan


PETALING JAYA: Presiden MCA, Wee Ka Siong hari ini membidas tindakan Putrajaya meluluskan 49 projek pembangunan bernilai RM2.28 bilion di Sandakan menjelang pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen itu pada 11 Mei ini.

Dahulu, katanya, kerajaan Barisan Nasional didakwa memberi dedak dan gula-gula pilihan raya kerana meluluskan projek pembangunan menjelang PRK.

“Dahulu, ini adalah rasuah! Ini gula-gula pilihan raya! Ini dedak! Ini menyalahi undang-undang pilihan raya!

“Sekarang, kerajaan Pakatan Harapan meluluskan 49 projek pembangunan bernilai RM2.28 bilion di daerah Sandakan, Sabah,” tulisnya di Facebook hari ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan persekutuan menyediakan RM183 juta untuk membiayai 49 projek pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini untuk manfaat kira-kira 400,000 penduduk di Sandakan.

Antara projek itu ialah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Anip dianggarkan bernilai RM40 juta, pembesaran Lapangan Terbang Sandakan bernilai RM80 juta, projek berkaitan industri berasaskan minyak dan kelapa sawit serta kemudahan jaringan pengangkutan untuk merancakkan ekonomi setempat.

Penamaan calon bagi PRK Sandakan akan diadakan Sabtu ini, susulan kematian penyandangnya yang juga Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Kerusi Parlimen Sandakan mempunyai 39,777 pengundi yang terdiri daripada 49% Cina, 44% Bumiputera Islam dan 6% Bumiputera bukan Islam.

Semalam, BN mengumumkan ia tidak akan menurunkan calon pada PRK Sandakan, tetapi sedia menyokong parti pembangkang mesra BN lain yang berhasrat bertanding pada 11 Mei ini.

Pada 17 April lalu, PAS turut mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRK Sandakan, tetapi akan menyokong calon parti pembangkang yang akan bertanding menentang PH.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Mampos la DAP kali in ni. Kalau tak mampos pun majoriti merundum beb.

    BalasPadam