Header Ads

ads header

Flash News

Mesyuarat tergempar PPBM tidak setuju rombakan exco Johor


KUALA LUMPUR, 24 April — Pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berpendapat rombakan exco di Johor tidak perlu dibuat sekalipun ada lantikan menteri besar baru.

“Kita berpegang kepada kedaulatan undang-undang dan tidak ada siapa boleh melangkaui Perlembagaan (Persekutuan),” kata Datuk A Kadir Jasin kepada Malay Mail malam tadi.

Ditanya apakah lantikan baru dipengaruhi Istana Johor, beliau berkata perbincangan tidak sampai ke situ tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad akan tahu daripada Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Kadir, tokoh wartawan terkenal, berkata mesyuarat tersebut juga berakhir dengan semua pimpinan PPBM memberi sokongan 100 peratus kepada Mahathir dalam isu tersebut.

Semalam, PPBM mengadakan mesyuarat tergempar antara 6.30 petang hingga 11 malam di ibu pejabat parti di Petaling Jaya berhubung isu pelantikan exco baru negeri berkenaan.

Pada 13 April lalu, bekas menteri besar Datuk Osman Sapian ketika menyerahkan surat peletakan jawatan berkata Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu rombakan dibuat.

Semalam, tiga muka baru, Tosrin Jarvanthi, Mohd Solihan Badri dan Tan Chen Choon mengangkat sumpah sebagai exco. Sahruddin pula dikurnia anugerah membawa gelaran Datuk.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan