Header Ads

ads header

Flash News

Negara Bakal Berdepan Inflasi Lebih Buruk


GUA MUSANG – Negara bakal berdepan inflasi yang lebih buruk jika kerajaan tidak mengambil tindakan berkesan untuk memulihkan ekonomi negara.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, keadaan itu berdasarkan situasi semasa ekonomi negara menyebabkan ramai rakyat hilang pekerjaan, kos sara hidup meningkat, banyak kedai dan syarikat ditutup serta nilai mata wang jatuh ke paras terendah.

Katanya, Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengambil langkah drastik bagi menangani masalah itu supaya perkara tersebut tidak berlarutan.

“Pakar ekonomi juga menyatakan negara bakal menghadapi inflasi dan rakyat turut merasainya.

“Inflasi ini maknanya jika kita buat apa pun keadaan ekonomi tak akan berkembang. Macam negara Jepun, mereka mengalami inflasi berbelas-belas tahun.

“Jepun negara kaya tak apalah, tetapi kita tak boleh mengalami keadaan seperti negara itu dan saya bimbang keselamatan juga akan tergugat,” katanya selepas majlis prapelancaran Festival Galas 2019 di Dataran Kesedar Putra, Bandar Baru, Gua Musang, malam tadi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim, ADUN Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff dan ADUN Paloh, Amran Arifin.

Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menyuarakan rasa kurang senang hati dengan bebanan hidup rakyat akibat kos sara hidup tinggi.

Beliau mahu kerajaan PH mengambil pendekatan memperbaiki kehidupan rakyat dan tidak terus mencetuskan polemik yang menakutkan.

Tambahnya, rakyat sudah mula menunjukkan kekecewaan mereka kerana janji-janji tidak ditunaikan dan seolah-olah diperlekehkan kerajaan sekarang.

“Rakyat susah kerana kos sara hidup semakin tinggi berikutan harga barang naik, pendapatan kurang, barangan import dan barangan buatan dalam negara juga naik harga.

“Walaupun dihapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun mereka masih menangung bebanan kehidupan kerana kenaikan harga barang keperluan,” katanya. – K! ONLINE



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. rakyat sendiri yang berbelanja boros...kenaikan harga barang pun seimbang dengan pendapatan sekarang lagipun mata wang kita pun tak stabil...zaman dah berubah rakyat sendiri tentukan ekonomi sendiri berbelanja ikut kemampuan ok. jangan salahkan orang lain dan kerajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. otak basung terlampau terperap kancing dapig

      Padam
    2. berpuloh tahun baca & dengaq hal politik....pertama kali trbaca pendapat yg lain dari yg lain...

      Padam
    3. wow... jawapan balas yang kercerdikkanya setahap mazlee dan mujahid.

      statement bangang yang tak berpenghujung...
      meraban tak ketahuan fakta.
      harga kenaikkan barang kau tu seimbang ngan org bergaji 5k ke atas.
      kau ingat semua org dlm Malaysia bergaji brapa..?

      kalau dh tak cerdik tu... duduk diam ..baca... hadam ...diam.
      ni tak... kau nak jugak bersuara.

      Padam