Header Ads

ads header

Flash News

Perancangan sulit pihak tertentu dalam kerajaan melibatkan Lembaga Tabung Haji


Pada 5hb April 2019, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mujahid Yusof, mengejutkan rakyat Malaysia dengan mengumumkan bahawa agihan hibah kepada kesemua pendeposit TH ditetapkan sebanyak 1.25 peratus bagi tahun kewangan berakhir 2018.
Menurut Mujahid, agihan tersebut dimungkinkan menerusi pelan penstrukturan yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menyelamatkan TH demi kepentingan 9.3 juta pendeposit.
Dalam usaha menghalalkan agihan tersebut, beliau menuding jari terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) terahulu dengan mendakwa kononnya pentabdiran TH di bawah BN melakukan manipulasi bagi membolehkan agigan tinggi hibah diumumkan.
“Kami terpaksa datang untuk menyelamatkan keadaan, komitmen kerajaan cukup tinggi untuk selamatkan TH.
“Agihan hibah rendah disebabkan situasi TH.
“Ini legasi yang ditinggalkan (pentadbiran terdahulu) dan bukan disebabkan kami,” katanya selepas membuat pengumuman di Putrajaya.
Hakikatnya, bukan hanya beliau berbohong, beberapa pihak yang terbabit dengan pengurusan TH sememangnya bersekongkol untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap TH agar lembaga tersebut mengalami krisis kewangan.

Saudara saudari sekalian,

Saya ingin membawa perhatian saudara saudari kepada satu artikel terbitan The Third Force pada 21hb Mac 2019, sehari selepas Mujahid mengumumkan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkan beban subsidi TH.
Dalam artikel tersebut (rujuk pautan di bawah), saya membuat pendedahan bekenaan satu perancangan rapi melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, Mujahid, Datuk Seri Zukri Samat (selaku Ketua Pegawai Eksekutif baru TH) dan Datin Wan Norhiyati Wan Ibrahim, iaitu bekas pegawai kanan Maybank yang turut merupakan kenalan rapat Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Secara rumusan, kesemua yang dinamakan di atas sememangnya telah merancang dari awal untuk mengalihkan pengurusan aset-aset TH yang bernilai hampir RM20 bilion kepada sebuah syarikat penggerak khas (SPV) di bawah kementerian Lim Guan Eng atas alasan TH mengalami kerugian besar dibawah pentadbiran BN.
Ianya merupakan sebahagian daripada pelan tindakkan “dua dalam satu” – untuk mengundang kemarahan para pendeposit TH terhadap DAP sambil menimbulkan keresahan di kalangan mereka agar sebilangan besar daripada mereka akan mengalihkan pelaburan ke institusi-institusi kewangan lain.
Atas dasar itulah Mujahid membuat dakwaan palsu (rujuk pautan di atas) kononnya TH melanggar Akta Tabung Haji 1995 kerana meneruskan bayaran hibah (dividen) sejak tahun 2014 biarpun mengalami kerugian.

Saudara saudari sekalian,

Rancangan Mujahid untuk menimbulkan keresahan di kalangan para pendeposit TH sememangnya berjaya apabila sebilangan besar daripada mereka dilihat sudah mula menarik keluar dana pelaburan mereka atas sebab-sebab berikut:
1. Marah kerana dana tersebut bakal dikawal sepenuhnya oleh orang-orang tertentu dari DAP.
2. Bimbang kehilangan dana tersebut andaikata TH diisytiharkan muflis.
Penarikan keluar dana inilah yang memaksa TH mengumumkan agihan hibah sebanyak 1.25 peratus bagi tahun kewangan 2018.
Pengumuman tersebut sekaligus menimbulkan “snowball effect” apabila lebih ramai pelabur didapati mengalihkan pelaburan mereka ke unit-unit amanah yang ditawarkan institusi-institusi kewangan lain dalam tempoh dua hari yang lepas.
Ini sekaligus menyebabkan beberapa cawangan TH di beberapa buah negeri mengalami krisis kewangan dan bakal kehabisan dana sekiranya kerajaan tidak masuk campur.
Atas alasan inilah kerajaan akan secara tiba-tiba membekukan segala transaksi dan pelaburan yang melibatkan TH sebelum pengurusannya ‘diambil alih’ oleh sebuah syarikat milik proksi Daim dan Zeti.
Akibatnya, bukan hanya kuncu-kuncu Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan akan mendapat ‘ganjaran’ menerusi penguasaan aset-aset tertentu milik Melayu-Islam, Zeti sendiri akan dapat menguasai sepenuhnya satu lembaga yang diwujudkan atas saranan ayah beliau sendiri, iaitu Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid.
Bersambung…

Raggie Jessy Rithaudeen
Sumber : LINK



MR :  TH adalah sumber kekayaan bagi mereka yang melihat duit!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: