Header Ads

ads header

Flash News

PH (PKR) kalah, 'Tak tahu apa lagi nak cakap' kata Dr Xavier



KUALA LANGAT - "Saya serahkan kepada rakyat," itu reaksi Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar mengenai kekalahan PH pada PRK Rantau yang diumumkan malam tadi.

Menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu, pelbagai isu yang berlaku mutakhir ini namun ia seakan-akan tidak memberi kesan kepada rakyat.

"Isu berkaitan Felda, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, kes berkaitan Najib Razak, kes Rosmah, semua ini dilihat tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat.

"Jadi saya tidak tahu, benar-benar tidak tahu apa lagi nak cakap kepada rakyat, sedangkan kita mahu jadikan negara ini lebih baik. Ini merupakan perkara penting kepada negara, tapi mereka tak dapat buat keputusan yang tepat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Retromania Grand Gathering 2019 di Pantai Morib, di sini.

Ahli Parlimen Kuala Langat itu berkata, kini terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan.

"Nak kerja keras lagi macam mana, kita telah dedahkan apa yang dikatakan salah laku.

"Saya serahkan kepada rakyat sepenuhnya, mereka yang patut buat pilihan," katanya.

Dalam masa sama, Xavier turut mengucapkan tahniah atas kemenangan BN dalam PRK tersebut.

"Mereka telah buat yang terbaik, tahniah kepada mereka," katanya.

Terdahulu, calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan kerusi DUN Rantau buat penggal ke empat selepas menewaskan tiga pencabarnya.

Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh majoriti 4,510 undi, selepas mendapat 10,397 undi.

Selain Mohamad, PRK itu ditandingi calon PH Dr S. Streram dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.


MR :  Nak cakap apa lagi, memang rakyat benci PH...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. "Isu berkaitan Felda, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, kes berkaitan Najib Razak, kes Rosmah, semua ini dilihat tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat.

    RAKYAT DAH KENAL APA ISU SEBENAR DAN APA ISU FITNAH. YG PENTING SEKARANG IALAH ISU PERUT. JANJI TAK ADA GST BARANG MURAH...MINYAK TURUN...PTPTN ...MANA?? TAK PAYAH BUAT2 SEDIH LA MANGKOK...

    BalasPadam
  2. Ya,,rakyat dah tahu ph dgn cybertrooper mereka rba telah mengelirukan rakyat isu 1mdb, felda, mara dll sblm pru14. Rakyat tertipu dan menolak bn. Sekarang, dah jelas fitnah ph, dah jelas ph mengelirukan rakyat dgn isu thaji, isu gagal tunaikan janji hapus tol,hapus hutang ptptn, hutang peneroka, janji gaji minimum 1500, janji peluang pekerjaan, janji minyak turun,,,memang dr xavier, hang tok sah kata apa lagi,,hangpa penipu,,tak reti mentadbir negara dgn baik. Yg hampa pandai ialah hina org melayu dan raja2 melayu, hina islam. Tak sangka aku,,geng ph ni geng bingai2 belaka. Lihat saja mat sabu. ,,kah kah,,mentekedarah gaji buta,,rugi duit rakyat...

    BalasPadam
  3. Tak payah cakap la,,kerana sudah tahu,semua pembohong. Ph, pakatan hancing...

    BalasPadam