Header Ads

ads header

Flash News

PH sudah ubah ‘hantu’ jadi nyata


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan segelintir generasi baharu pendukung parti yang berada di luar kotak peristiwa kontrak sosial, mempunyai pemikiran ‘berhantu’ untuk melakukan perubahan dengan mengumpul pelbagai jenis fahaman dan ideologi.

Katanya, generasi yang baru lahir selepas peristiwa kontrak sosial itu tidak mengambil iktibar daripada sejarah agama, bangsa dan tanah air.

“Ini menjadikan pemikiran mereka ‘berhantu’ untuk membuat perubahan yang dijenamakan reformasi dengan mengumpulkan segala jenis fahaman mahupun ideologi, termasuk kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) – pembawa penyakit ganjil yang membarah dan menjadi mukadimah kepada kemusnahan negara Barat.

“Perubahan kerajaan kepada PH telah mengubah hantu-hantu menjadi nyata, apabila berlakunya tindakan terbuka dan kenyataan yang terpampang menunjukkan usaha merungkai Kontrak Sosial yang disimpulkan dalam Perlembagaan, tanpa menghormati umat Islam yang mendahului bermukim, berjuang kemerdekaan dan tidak mengenang budi mereka.

“Bagaimanapun, adalah sangat mengembirakan apabila kalangan bukan Islam juga ramai yang peka bahawa tindakan yang sedang berlaku laksana mahu menebuk kapal di tengah lautan perlu dicegah secara aman dan damai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Hadi juga berkata, walaupun PAS dilihat berbeza sehingga berkhilaf dengan UMNO dalam merealisasikan pegangan Islam sehingga berlaku krisis yang ‘tajam’, kedua-dua parti wajib bersatu mempertahankan perkara asas yang menjadi perjuangan bersama.

Ahli Parlimen Marang itu juga menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau sesuatu yang menarik dan unik hanya dengan perkataan ‘rantau’ itu.

“PRK Rantau adalah sangat bermakna, kerana namanya Rantau supaya kita merantau mencari pengundi, dan kita pula bersama BN yang sudah kehilangan umpan untuk memancing undi.

“Rantau adalah model masyarakat majmuk yang unik, di mana Melayu Islam mendominasi penduduk dan pengundinya, dan menarik juga MCA dan MIC datang bersama secara terbuka,” katanya.

Dalam pilihan raya itu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menang dengan majoriti 4,510 undi apabila memperoleh 10,397 undi, sementara calon kerajaan PH, Dr S Stretam, mendapat 5,887 undi, dan dua calon Bebas, Mohd Nor Yasin dan R Malarvizhi, masing-masing 79, dan 83 undi.

Presiden PAS berkata, keputusan majoriti besar itu tanda sokongan semua kaum dan pengundi muda yang berubah kembali ke pangkal jalan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Para pengundi yg mengundi ph pada pru 14 kebanyakan mereka adalah golongan muda yg diperdaya oleh rba dan cybertrooper ph. Mereka samada tiada asas ugama,,atau ada asas ugama tetapi tidak beramal dgn ilmu ugama mereka yg melarang menerima sesuatu berita tanpa dikenalpasti terlebih dahulu ianya benar atau fitnah. Teruja dgn janji2 manis ph jika menang pru dan percaya kpd fitnah "umno perosak" dan sebagainya, maka mereka menolak dan menjatuhkan bangsa mereka sendiri. Pada hal di antara org melayu dan cina, siapa perasuah dan penyangak sebenarnnya? Apa,,eric chia baguih,,lee liong sik baguih..lge baguih..? Semua org tahu...berapa puluh billion kerajaan kena tipu dgn depa dua ni...tp org cina buat senyap ja,,tp bila ds najib,,belum tahu hujung pangkal,,cina jaja satu dunia kata perompak negara...

    BalasPadam