Header Ads

ads header

Flash News

Polis terima 209 laporan terhadap hantaran Facebook hina Agong


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima 209 laporan setakat hari berhubung kenyataan jelik pemilik akaun Facebook “Sabah-Sarawak Merdeka” terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata, usaha mengenal pasti dan mengesan pemilik akaun Facebook itu kini dipertingkat.

“Walaupun akaun berkenaan telah disekat oleh pihak Facebook dan tidak lagi boleh diakses, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebar atau berkongsi tangkap layar posting jelik yang dibuat pemilik akaun tersebut melalui apa-apa jua rangkaian komunikasi dan media sosial.

“Ini kerana posting tersebut berupaya menimbulkan provokasi keterlaluan dan boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini satu status dimuat naik di laman Facebook “Sabah-Sarawak Merdeka” tular menerusi media sosial yang memaparkan gambar Yang di-Pertuan Agong diubah suai yang menghina dan mencerca baginda.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan