Header Ads

ads header

Flash News

PRK Sandakan: PAS belum berhasrat letak calon


SEREMBAN: PAS belum ada hasrat meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan yang bakal diadakan ekoran kematian penyandang kerusi parlimen itu, Dato' Stephen Wong Tien Fatt.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, setakat ini PAS berhasrat begitu namun akan mengadakan perjumpaan dengan Umno untuk membincangkan mengenainya.

"Kita rasanya tidak ada hasrat begitu untuk meletakkan calon di Sandakan setakat ini.

"Namun kita akan adakan perbincangan dengan Umno mengenai hal ini," katanya kepada Harakahdaily selepas program Ceramah Perdana Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau untuk calon BN, Dato' Seri Mohamad Hasan di Taman Angsamas, Rantau malam tadi.

Umno Sabah semalam mengesahkan tidak akan meletakkan calon bertanding pada PRK Sandakan yang akan diadakan pada 11 Mei ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Dato' Seri Bung Moktar Radin berkata, Umno Sabah sedia membantu calon daripada blok pembangkang, termasuk PAS yang bercadang bertanding.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling berkata PAS Sabah bersedia bertanding untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen itu.

Hal itu telah diputuskan dalam mesyuarat PAS Sabah di Kota Kinabalu pada 1 April lalu.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas kematian penyandangnya, Dato' Stephen Wong Tien Fatt, dipercayai akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRK Sandakan pada 11 Mei sementara hari penamaan calon pada 27 April serta pengundian awal pada 7 Mei. – HARAKAHDAILY 12/4/2019


MR :  Bersabar... belum sampai masa lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan