Header Ads

ads header

Flash News

Ditemani hingga lewat malam, Najib akui masih cuba fahami sambutan rakyat


PETALING JAYA: Najib Razak akui dia masih cuba memahami sebab-sebab sambutan “hangat” dan “luar biasa” yang diterimanya di banyak tempat dan ketika, walaupun dia kini hanya seorang pemimpin pembangkang.

Ketika berkongsi pengalamannya turun padang di bulan Ramadan dengan pemberita hari ini, bekas perdana menteri itu berkata ada orang sudi menemaninya makan sehingga lewat malam.

“Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara itu berlaku. Waktu saya jadi perdana menteri, saya terikat dengan kawalan protokol dan keselamatan yang ketat,” katanya dalam sesi bersama media di Pulau Pinang yang disiarkan di Facebook.

“Tapi rakyat tak suka bila pemimpin ada halangan macam itu. Mereka nak dekat tapi tak dapat, mereka kena tepis, kena marah, kena herdik, mereka tak suka. Jadi lama-kelamaan mereka agak menjauhkan diri.

“Itu satu faktor dan ada faktor-faktor lain yang menyebabkan perubahan ini.”

Najib berkata dia kini mengambil sikap santai, tidak rasmi, dan mudah didekati secara fizikal. “Nampaknya rakyat menyukai cara, gaya dan pendekatan itu.”

Ditanya pemberita tidakkah dia bimbang akan keselamatan dirinya, Najib menjawab: “Rakyat jadi ‘bodyguard’ saya”.

Facebook Najib menunjukkan dia berada di Pulau Pinang sejak awal pagi tadi. Selepas bersahur nasi kandar di Butterworth, Najib juga mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan pimpinan Umno negeri “untuk berbincang soal semasa”.

Sementara itu, Najib tidak lagi berminat untuk berdebat dengan orang lain selepas pemimpin DAP, Lim Kit Siang menarik diri.

“Tak payahlah, nampak Lim dah lari tengah malam, tidak apalah,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Sebab utama ds najib disayangi ialah kerana rakyat sudah rasa bersalah menjatuhkan pemimpin yg baik kerana termakan dgn fitnah terancang ph. Fitnah yg di rancang rapi oleh tenyera rba dap dgn berlakon menjadi org melayu dan membenci org melayu. Mereka sudah menyesal akan kedalahan mereka, jadi mereka tunjukkan kekesalan ini dgn menyambut ds najib di mana sahaja. Tambahan pula hari ini, pas fan umno sudah meghubungkan silaturrahim yg sekian lama terputus, maka buka org umno sahaja bahkan org pas turut sama menyanjungi ds najib. Alhamdulillah,,pru 15, kita tawan kembali putrajaya dan kita perbetulkan kerosakan yg telah dilakukan kutty india kerala kerana melantik org kafir pegang jawatan penting kerajaan.

    BalasPadam
  2. Marilah kita semua menyokong kerjasama PAS-UMNO untuk membela hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu yang sedang diancam oleh Pakatan Hancing pimpinan kepala bapak kafir harbi roket.

    Orang bodoh sahaja suka dikencing berulang kali oleh Pakatan Hancing.

    BalasPadam