Header Ads

ads header

Flash News

Hadirlah mahkamah selesai kes royalti


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berharap wakil kerajaan pusat dan Petronas hadir di mahkamah pada 17 Mei ini bagi menyelesaikan kes menarik balik saman isu royalti.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kehadiran wakil pihak terbabit penting bagi membolehkan mahkamah membuat keputusan kes berkenaan.

“Mereka hadirlah... kalau tidak hadir mahkamah tidak boleh buat keputusan penarikan balik saman,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini mahkamah menetapkan 17 April lepas bagi prosiding kes menarik saman kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan pusat.

Bagaimanapun malangnya pada tarikh tersebut wakil Petronas dan kerajaan Persekutuan tidak hadir sehingga menyebabkan mahkamah menunda kes terbabit kepada 17 Mei ini.

Pada 30 Ogos 2010 Kelantan memfailkan saman bagi menuntut tunggakan royalti minyak yang tidak dibayar sejak 1998.

Saman itu difailkan Menteri Besar Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Dagang di Kuala Lumpur.

Kerajaan negeri melantik peguam Tommy Thomas mewakilinya bagi mengendalikan kes tersebut. - HARAKAHDAILY 9/5/2019



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Selagi Atok ada... isu royalti ni mcm jalan cerita menjanjikan jawatan PM untuk Abam Non.. ibaratkan pungok rindukan bulan... tak kan kesampaian.


    BalasPadam