Huawei Dilaporkan Berbincang Dengan Aptoide — Alternatif Google Play Store?
Sejak Amerika Syarikat menambah Huawei dibawah senarai entiti halangan perdagangan, pelbagai syarikat telah mula berhenti bekerjasama dengan Huawei. Ini adalah termasuk Google, sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya berkenaan masa depan peranti mudah-alih Huawei tanpa penyertaan Google Play.
Huawei dan Google sebelum ini telah sedia menyatakan yang mana peranti yang digunakan pengguna sedia ada tidak terkesan – dan lebih kepada peranti akan datang daripada pengeluar berkenaan.
Kini, Huawei dilaporkan telah mula berbincang dengan beberapa pihak yang menyediakan penyelesaian kedai aplikasi alternatif untuk Android. Salah satunya adalah Aptoide. Ia dikatakan Huawei bukan kali pertama berbincang dengan Aptoide, tetapi telah turut berbincang dengan mereka beberapa kali sebelum ini.
Aptoide sedia mempunyai lebih 900,000 aplikasi padanya – tetapi boleh dikatakan ia merupakan kedai aplikasi bukan rasmi, dan pembangun tidak begitu aktif memuat-naik versi terbaru aplikasi ke Aptoide. Namun, sekiranya pengguna aktif Aptoide bertambah, tidak mustahil kita melihat pembangun turut memberikan perhatian padanya.
Buat masa ini, ia tidak diketahui bagaimanakah perbincangan berkenaan — sama ada Huawei akan menyertakan Aptoide pada peranti mereka, atau menyertakan aplikasi dari Aptoide ke dalam Huawei AppGallery. Bercakap mengenainya, pihak Aptoide mengatakan mereka tidak berhasrat menggantikan Google Play Store pada peranti Huawei, tetapi terbuka untuk mencari penyelesaian yang baik untuk pengguna Huawei.
Apa pun, sama-sama kita nantikan laporan lanjut berkaitan penyelesaian pertikaian perdagangan antara Huawei dan Amerika Syarikat secepat mungkin. - AMANZ
MR : Bila terdesak semua perkara boleh berlaku dan tidak mustahil ada yang merana...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
❐ Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan