Header Ads

ads header

Flash News

Kelantan perkenal beras berkat al-Falah


KOTA BHARU: Kelantan memperkenalkan jenama beras berkat al-Falah yang menekankan sukatan satu gantang Baghdadi bersamaan 2.7 kilogram.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Mohd Tuan Saripuddin Tuan Ismail berkata, ia dilakukan bagi menguar-uarkan semula kaedah sukatan itu kepada masyarakat Islam.

Menurut beliau, usaha tersebut sangat sesuai untuk tujuan pembayaran zakat fitrah melalui beras, fidyah dan infak dengan kualiti beras yang terkawal iaitu lima peratus kadar hancur.

"Keputusan ini bertepatan dengan keputusan yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 28 Januari 1981 iaitu ukuran nisbah jenis-jenis zakat kepada sistem matrik adalah harus.

"Manakala pada 11 Mac 2001 keputusan sama dikeluarkan mencadang kepada negeri-negeri bagi penggunaan satu gantang Baghdadi,” katanya selepas menyaksikan gimik pelancaran replika gantang Baghdadi 1985 yang disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah.

Pelancaran itu sempena Ijtimak Pondok seMalaysia di Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV semalam. - HARAKAHDAILY 24/5/2019


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan