Header Ads

ads header

Flash News

Liwat tahfiz: Bukan penjara 133 tahun tapi 228 tahun


KANGAR 30 Mei - Bukan penjara selama 133 tahun tetapi 228 tahun.

Itu tempoh hukuman yang sebenar dan perlu dijalani oleh seorang warden sebuah maahad tahfiz di Arau di sini selepas mengaku bersalah atas 25 pertuduhan meliwat dan melakukan jenayah seksual terhadap lima pelajar tahfiz serta satu kesalahan memiliki video lucah dalam telefon bimbit, bulan lalu.

Semalam media melaporkan, tertuduh, Nawawi Anuar, 28, yang mendakwa dirinya juga pernah menjadi mangsa liwat dijatuhi hukuman penjara 133 tahun oleh Hakim Ainul Shahrin Mohamad selepas membuat pengakuan tersebut.

Namun, pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Farhan Aliff Ahmad, Mohd. Izham Ali dan Norshuhada Mohd. Yatim hari ini telah menyemak dan mengira semula jumlah hukuman penjara dan mendapati lelaki terbabit sebenarnya dihukum penjara 233 tahun.

Ini berikutan mahkamah memerintahkan hukuman terhadap 20 pertuduhan berjalan secara berasingan manakala enam lagi berjalan serentak. Jumlah tersebut turut disahkan oleh mahkamah sama.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 15 tahun, 10 tahun dan tujuh tahun bagi 25 pertuduhan meliwat dan melakukan jenayah seksual dan penjara setahun bagi kesalahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem iaitu memiliki ratusan video lucah di dalam telefon bimbitnya.

Hukuman sebat sebanyak 42 kali kekal sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah semalam. Bagaimanapun dia hanya akan menerima sebat 24 kali sahaja kerana berdasarkan Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah yang hanya membenarkan sebanyak 24 sebatan dilaksanakan bagi pesalah dewasa.

Semalam, Nawawi yang berasal dari Bandar Baharu, Kedah itu didakwa telah meliwat dan melakukan sentuhan amang seksual terhadap lima mangsa yang berusia antara sembilan hingga 15 tahun di sebuah maahad di Simpang Empat, Arau di sini, sepanjang April lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan, Seksyen 15(e) dan 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002.

Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga lagi tuduhan di bawah Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan mahkamah menetapkan 9 Julai untuk sebutan kes itu.

Semalam, Norshuhada memohon agar mahkamah hukuman berat dikenakan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh sangat serius sehingga mengakibatkan semua mangsa yang masih bersekolah di maahad terbabit dan keluarga mereka mengalami trauma di samping gagal menjalankan amanah sebagai warden di pusat tahfiz tersebut.

Bagaimanapun, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Mohd Hapiz Rajali yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan kerana tertuduh kini telah insaf dan kejadian itu berlaku akibat dia trauma kerana pernah menjadi mangsa liwat.

“Tertuduh pernah menjadi mangsa liwat semasa belajar di sebuah pusat tahfiz sewaktu berumur 14 tahun. Ia menjadikan tertuduh trauma,” katanya dan menambah tertuduh merupakan anak ketiga daripada lima beradik telah kematian bapa manakala ibunya seorang suri rumah..

Media sebelum ini melaporkan pengalaman hitam lima orang pelajar sebuah pusat tahfiz di sini, selepas mereka disyaki diliwat dan diganggu secara seksual oleh warden asrama pusat pengajian berkenaan, sepanjang bulan lalu.

Perbuatan jijik lelaki itu akhirnya terbongkar selepas mangsa yang berusia 15 tahun mengadu mengenai perkara tersebut kepada seorang guru di pusat tahfiz berkenaan sebelum mereka membuat laporan polis.


MR :  Rosak jika pentadbir melakukan liwat, begitu juga dengan pemimpin elaklah pimpinan yang liwat memimpin negara.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Sodom = Malaysia meremang bulu roma .

    BalasPadam
  2. Berhati-hatilah dalam membuat kenyataan terutama berkaitan liwat dan zina kerana jika orang itu tidak bersalah, maka si penuduhnya berdepan penghakiman yang berat di akhirat nanti. Jaga mulut, jaga hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa pula hukuman bila kita menafikan dakwaan mangsa liwat yg berani menongkah jutaan tohmahan dan bersumpah laknat.Sedangkan tertuduh tak berani langsung bersumpah sebagai seorang islam beriman.Jadi kalau betul berlaku , tidakkah kita menafikan keadilan dunia bagi dia?adakah anda bersedia pula menjawab keadilan untuk dia di akhirat pula? -lup

      Padam
  3. Pesalah liwat boleh dipenjarakan beratus tahun tetapi pada masa yang sama abang besar kafir harbi roket pula telah dibebaskan dari perbicaraan rasuah banglo terlajak diskaun dan skandal terowong dll dengan alasan yang boleh dipertikai.

    Dan beberapa pelampau hindu pula boleh dibebaskan dari perbicaraan seksyen 302 kes bunuh ahli bomba. Pemimpin India pula tidak didakwa walaupun mereka telah membuat hasutan perkauman semasa rusuhan puak hindu berlaku.

    Semua yang terlibat boleh dibebaskan kerana Mr Tomato Penyek telah menjadi boss. Jika dia tidak mahu dakwa, kes tutup walaupun bukti depan mata.

    BalasPadam