Header Ads

ads header

Flash News

Masih rasa dirinya PAS, Husam kata Piagam Umno, PAS patut dapat 'restu' ahli


Usaha PAS dan Umno memeterai piagam bersama sepatutnya turut melibatkan anggota kedua-dua parti di peringkat akar umbi, kata Naib Presiden Amanah, Husam Musa.

Menurut beliau pemimpin Umno dan PAS dirasakan wajar mendapatkan persetujuan daripada penyokong masing-masing untuk merealisasikan piagam berkenaan.

Hal itu kerana, kata Husam, tiada jaminan piagam tersebut akan membawa kedua-dua parti menjalinkan hubungan yang berkekalan.

Katanya hubungan suami isteri pun kadang-kadang bermasalah dan dalam kes tertentu ia boleh membawa kepada konflik yang berakhir dengan perceraian.

“Tidak semestinya dengan ada piagam, hubungan (PAS dengan UMNO) akan terjalin erat.

"Kita mengambil contoh dalam perhubungan suami isteri, ia bukan selalu baik dan tetap akan bergaduh, malah boleh bercerai juga," katanya seperti dipetik BH Online hari ini.

Kenyataan itu dibuat Husam selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyerahan bantuan di Rantau Panjang, Kelantan, malam tadi.

Husam yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) menambah, piagam berkenaan juga sepatutnya membawa kebaikan kepada negara secara keseluruhan dan bukannya mempunyai agenda kuasa semata-mata.

Pada 23 Mei lalu Malaysiakini melaporkan kerjasama di antara PAS dan Umno akan diperkukuhkan melalui piagam yang akan dimeterai tidak lama lagi.

Melalui piagam berkenaan kedua-dua parti yang pernah berseteru selama berpuluh-puluh tahun itu akan bekerjasama secara rasmi. Ia dijangka akan dilakukan selepas sambutan Aidilfitri kurang dari dua minggu lagi.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa memberitahu presiden Umno dan PAS yang mahukan kerjasama di antara mereka dibuat secara rasmi.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata kedua-dua parti sudah dilihat rangka piagam tersebut dan ia akan dibincangkan untuk dipersetujui.

Kata Tuan Ibrahim piagam terbabit berbentuk muafakat perpaduan Ummah.

Untuk rekod persaingan di antara PAS dan Umno pernah menjadi begitu sengit dan menyaksikan perpecahan dalam masyarakat suatu ketika dulu.

Hal itu lebih ketara di negeri-negeri Pantai Timur yang melibatkan peristiwa seperti sembahyang dua imam, pemulauan majlis kenduri dan penolakan sembelihan oleh orang yang berbeza parti.


MR :  Masih giler talaq... 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

8 ulasan:

  1. Apabila sudah minum todi cap roket, kesan mabuknya berkesan untuk beberapa tahun.

    BalasPadam
  2. Tolong jangan menyibuk

    BalasPadam
  3. Wahai hussam baruah cina kafir dap,,baik hang menyibuk di kandang babi dap lagi baik untuk hang. Toksah nak menyibuk dgn pas dan umno lah. Kami dah nak berbaik2, jgn hang jadi syaitan manusia merasa dengki dgn penyatuan ini.

    BalasPadam
  4. Puak munafik liberal merasa bangga menjadi khadam parti kafir harbi DA-Pig untuk mengkhianati agama Islam dan perjuangan Islam dan memecah-belahkan dan menyesatkan umat Islam dan menfitnah dan memburuk-burukkan ulama Islam dan parti Islam yang berjuang membela agama Islam dan hak umat Islam.

    Semua kejahatan ini dilakukan semata-mata kerana dedak cap roket. Bila puak munafik liberal ini mati, mereka akan menemani puak kafir harbi dalam nereka jika mereka enggan bertaubat.

    BalasPadam
  5. Bang husam. Masuk je la PAS balik. Dah tak keruan tengok tu. Banyak sikit idea bila duk dalam PAS. Duk lua PAS idea bang & kawan2 bang mvjadi kecaman & bahan lawak aje.

    Tolong explain sikit kat Presiden enta tu apa itu Syiah & Ahlu Sunnah. Jauhi Syiah kerana Syiah tu adalah YAHUDI. Tengok & belajar dari VIDEO ni (saja je suh tlg cakap. Tak fitnah apa2 pun, ni hanyalah ilmu tauhid & ulasaan subjek politik antarabangsa)

    https://youtu.be/2kUIug6jAac

    BalasPadam
  6. Video 👆🏻 tengok Minit ke 7:46

    BalasPadam
  7. Era datuk Husam telah berlalu. Dluar benci tapi hati masih terpaut pada PAS. Itu hakikat,tapi dah terlanjur keluar, maka tak dapat tidak sekeh jugak PAS.
    Dah lama PAS UMNO berbalah.Sampai waktunya pelru kembali bertaut.Lama dah baca ayat berpeganglah kamu dengan tali Allah dan jangan bercerai-berai...
    Sampai bila nak berseteru.Masing-masing akan mati.Pakat-pakat muhasabah

    BalasPadam
  8. Kemasukkan PAN dalam PAKATAN sudah mendapat restu dari ahli2 PAN ke.. ???

    BalasPadam