Header Ads

ads header

Flash News

Peguam Jabatan bomba tarik diri


Peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Syazlin mengumumkan di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ketika prosiding baru bermula hari ini.

“Dengan penarikan diri, saya percaya tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, terbatal,” katanya.

Penarikan diri itu bagaimanapun tidak membatalkan kenyataan Dr Shahrom sebelum ini.

Syazlin tidak menyatakan alasan untuk keputusan tarik diri.

Dr Shahrom adalah saksi ke-29, sebelum ini membantah teori dua ahli pakar lain bahawa Adib mati akibat kecederaan jatuh dari kenderaan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).

Prof Dr Shahrom Abd Wahid

Sehubungan dengan perkembangan itu, peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Ahmad Taufiq Baharun, memaklumkan kepada Koroner pihaknya tidak mempunyai saksi lain untuk dipanggil.

Katanya, beliau seterusnya menyerahkan perkara itu kepada mahkamah.

Pada 17 Mei lau, Rofiah membenarkan Dr Shahrom dipanggil memberi keterangan semula selepas Syazlin membuat permohonan berkenaan.

Prosiding inkues itu bersambung petang ini.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Nampaknya seolah-olah wujud konspirasi Pakatan Hancing untuk menyembunyikan punca sebenar kematian ahli bomba.

    BalasPadam