Header Ads

ads header

Flash News

PM perlu kembali bantuan perkapita SAR


KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Kelantan mendesak kerajaan Persekutuan mengembalikan semula bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat (SAR) yang dihentikan pada 2002.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, isu tersebut bukan sahaja dihadapi di Kelantan malah seluruh SAR di negara ini.

Katanya Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bertanggungjawab terhadap sekatan yang dilakukannya pada tahun 2002.

“Jadi atas semangat 'Malaysia Baharu' di bawah kerajaan Pakatan Harapan kita berharap sekatan bantuan perkapira yang dilakukan terhadap SAR ditarik balik.

"Kita menyedari kepentingan pendidikan Islam, lebih-lebih lagi sesuai dengan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya ketika membentang usul tersebut pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan kali ke-48 di Dewan Dato' Muhammad Daud Iraqi di Kubang Kerian kelmarin.

Muktamar tersebut dirasmikan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Dato' Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Turut hadir Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Dato' Hassan Mohamood; timbalannya Dato' Dr Johari Mat dan naib ketua Dato' Muhammad Awang. - HARAKAHDAILY 6/5/2019



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:


  1. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa pin bbm : 5EE80AFE

    BalasPadam