Header Ads

ads header

Flash News

Program bersifat peribadi, tiada kaitan dengan AMK Malaysia


Pemuda PKR (AMK) Selangor menjarakkan diri dengan Program Iftar Perdana bersama Timbalan Ketua AMK Malaysia yang diadakan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media, Pengarah Komunikasi, AMK Selangor, Adzman Kamaruddin berkata, pihaknya memandang serius teguran Presiden PKR, Anwar Ibrahim berhubung penganjuran program itu dengan “acara pesta-pestaan, pancaragam lagu dan bunga api”.

“AMK Selangor menafikan sebarang penglibatan di dalam program seumpama ini dan difahamkan bahawa acara ini merupakan acara persendirian bersifat peribadi yang dianjurkan oleh Timbalan Ketua AMK Malaysia kepada penyokong-penyokong beliau serta tidak mempunyai sebarang kaitan dengan organisasi AMK Malaysia secara keseluruhannya.

“Sehubungan itu, kami menyeru seluruh anggota AMK Selangor khususnya yang beragama Islam untuk menumpukan diri menghayati hari-hari terakhir bulan Ramadan ini dengan pengisian amalan sunat seperti bersolat Tarawih, membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Semalam, Anwar terpaksa memohon maaf berhubung program itu yang didakwa menyelitkan acara pesta-pestaan.

Katanya, PKR menerima sedikit bantahan dan kekesalan serta memohon maaf ke atas keterlanjuran itu.

Pada pemilihan parti 2016, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berjaya mengalahkan Dr Afif Bahardin sebagai ketua AMK bagi penggal 2018-2021.

Dr Afif dikatakan adalah penyokong kuat Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali manakala Akmal Nasrullah pula rapat dengan Naib Presiden Rafizi Ramli yang adalah orang kuat Anwar.

Pada pemilihan itu, Adun Gombak Setia, Hilman Idham dipilih sebagai timbalan ketua AMK.

Hilman yang juga dikatakan dari pasukan zmin, pernah menjadi pembantu khas menteri hal ehwal ekonomi tersebut.


MR :  Pada backdrop terang dah ditulis, masih nak kencing lagi... kalau boleh kencing nak dikencingnya seluruh Malaysia


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Pemimpin-pemimpin parti liberal mata satu ( parti dajjal?) suka kencing rakyat dari dulu, kini dan selamanya. Mana semua janji parti liberal mata satu? Telah ke laut.

    Orang Islam sibuk berbuka puasa mengikut cara Islam, puak liberal mata satu pula sibuk dengan hiburan keduniaan.

    Pemimpin mata satu pula sibuk mempromosi sekularisme, liberalisme dan pluralisme dan menyokong Israel dan menentang ajaran Islam seperti Hudud dll dan menolak pembentukan negara Islam. Dasar pemimpin liberal lidah biawak.

    Ideologi sekular dan liberal telah difatwakan sesat lagi menyesatkan. Orang sesat sahaja menyokong ideologi dan parti sekular liberal.

    BalasPadam