Header Ads

ads header

Flash News

Saya bukan pentaksub, kata pendakwah Zamri Vinoth


SEREMBAN: Hampir 10 minit selepas bercakap mengenai kepentingan umat Islam membina hubungan dengan bukan Islam, pendakwah Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu seperti mempunyai peluang untuk menggambarkan maksud sebenar yang ingin disampaikannya.

Zamri yang sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas ditahan polis atas dakwaan menghina agama Hindu dalam satu ceramah pada Disember lalu, didapati mempertahankan wartawan FMT, yang ada daripadanya bukan Islam, apabila diminta keluar dari sebuah masjid.

Ini juga adalah satu contoh perbuatan yang pernah dikritik oleh Zamri berhubung isu sikap umat Islam dalam ucapannya tahun lepas.

Seorang ahli jawatankuasa masjid yang tidak senang ketika temu bual itu sedang dijalankan meminta kami memberhentikannya.

Tindakan itu menyebabkan Zamri memberitahu individu itu supaya mengambil pendekatan yang lebih baik.

“Beberapa anggota media ini ada yang bukan Islam dan pendekatan ini tidak mencerminkan nilai Islam,” katanya kepada lelaki itu.

Beliau kemudiannya meminta maaf kepada kami atas sikap ahli jawatankuasa masjid itu.

“Orang seperti ini ada di mana-mana. Anda tidak dapat menghentikannya”

Salah faham sedemikian tentang Islam katanya, adalah sesuatu yang beliau cuba atasi apabila melawat gereja, kuil dan gudwara melalui pertubuhan yang diketuainya, iaitu One Centre Malaysia.

“Jika kita dekat dengan orang bukan Islam, mereka mempunyai peluang untuk memahami pemikiran dan pandangan kita. Jadi ia sesuatu yang perlu dilakukan.”

Zamri ditahan pada 28 April lalu atas dakwaan menghina agama Hindu sewaktu menyampaikan satu ceramah di sebuah masjid di Kelantan pada 30 Disember tahun lalu.

Zamri disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana mengganggu keharmonian dan mengeluarkan kata-kata menghina.

Zamri dilepaskan daripada tahanan polis pada 1 Mei lalu.

Tetapi salah faham seolah-olah mengikuti dirinya.

Dalam pada itu, Zamri yang berasal dari Seremban berkata, penangkapan dan tahanan reman selama 4 hari baru-baru ini adalah kerana ceramahnya telah disalah tafsir sesetengah orang.

Beliau mempertahankan ucapannya ketika itu sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup peribadinya sebelum memeluk Islam.

Tetapi katanya, ada sesetengah pihak memilih untuk melihat apa yang diperkatakannya itu sebagai satu penghinaan.

Ini bukan kali pertama kali Zamri ditahan polis. Sebelum ini beliau pernah ditahan atas dakwaan merogol dan pecah amanah.

Namun beliau menafikannya dan berkata, kesemua tuduhan itu tidak berasas dan beliau tidak pernah didakwa di mahkamah.

Dalam penahanan beliau yang terbaru, Zamri didakwa menghina agama Hindu kerana berkata, kepercayaan agama Hindu mempunyai 330 juta tuhan.

Tetapi Zamri menegaskan bahawa beliau hanya mengulangkan kandungan sebuah buku yang ditulis oleh penulis terkemuka yang beragama Hindu di Malaysia.

“Jadi saya tidak tahu di manakah penghinaan itu,” katanya.

Zamri berkata, buat masa ini tidak ada pihak yang memperbetulkan buku tersebut sekiranya kenyataan yang disebut itu dianggap salah.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan ceramah yang menghina agama lain.

“Dalam ceramah, saya kata itu pandangan peribadi dan berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri. Bukan mewakili rakan agama saya yang lain,” katanya.

“Saya bersandarkan undang-undang, selagi tidak dibuktikan bersalah, saya tidak bersalah.

Dalam pada itu, Zamri juga berkata, beliau tidak perlu membuktikan sama ada beliau seorang rasis atau tidak.

“Cukup Tuhan dan orang sekeliling tahu siapa saya. Boleh periksa latar belakang saya dan aktiviti masyarakat saya di Facebook,” katanya.

Zamri yang merupakan anak didik pendakwah Zakir Naik berkata, gurunya itu dilayan secara tidak adil dan menjadi sasaran pentadbiran baru India di bawah pimpinan Perdana Menterinya, Narendra Modi.

Beliau berkata, sekiranya Zakir dihantar pulang ke India, ada kemungkinan beliau akan ditahan tanpa bicara dengan mengunakan undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Malaysia.

Beliau berkata, jika India mahu mendakwa Zakir Naik, maka beliau hendaklah didakwa di sebuah mahkamah antarabangsa.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Di Malaysia,,,semasa umno kerajaan,,mereka acuh tak acuh ambil tindakan kpd mereka yg menghina nabi muhammad saw kerana cina beri undi kpd umno. Sekarang, bila cina yg dah perintah negara, maka tidak hairan hika ugama islam dan org melayu dihina, tiada tindakan. Tetapi,hanya perbincanhan ilmiah mengenai perbandingan ugama sahaja,,org islam dah ditangkap. Ini la dia malaysia baru,,iaitu malaysia yg bertuankan org kafir, orang melayu islam jadi balaci kpd org kafir.

    BalasPadam