Header Ads

ads header

Flash News

Sultan Perak titah pemimpin 6 parti menghadap


KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, menitahkan pemimpin utama enam parti di negeri itu menghadap baginda berhubung isu penggunaan masjid dan surau serta kemudahannya dalam aktiviti atau program berunsur kepartian.

BH difahamkan, pemimpin berkenaan adalah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Amanah Negara (AMANAH), PKR, DAP, UMNO dan PAS.

Antara pemimpin parti yang hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Pengerusi BERSATU negeri; Pengerusi AMANAH negeri, Asmuni Awi; Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Penasihat DAP yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pemimpin pembangkang pula, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria.

Sumber berkata, semua pemimpin berkenaan menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, jam 4 petang tadi.

“Baginda menitahkan semua pemimpin utama parti berkenaan menghadap baginda berhubung isu penggunaan masjid dan surau serta kemudahannya dalam aktiviti atau program berunsur kepartian yang semakin banyak berlaku ketika Ramadan,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, perkara itu menimbulkan masalah apabila program dianjurkan turut memaparkan logo parti dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

BH difahamkan, Istana Perak akan mengeluarkan kenyataan berhubung pertemuan itu esok.

Hari ini, Pergerakan Pemuda AMANAH Perak mendakwa mengesan sekurang-kurangnya empat program yang jelas menggunakan nama parti pembangkang dilakukan di masjid dan surau di negeri itu, baru-baru ini.

Ketua Pemuda AMANAH Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, dilaporkan berkata tindakan kedua-dua parti berkenaan nyata tidak menghormati institusi agama yang diletakkan di bawah kuasa Sultan Perak dan mencabar kredibiliti Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam menguatkuasa peraturan sedia ada.

Beliau berkata, ia kerana penggunaan masjid dan surau dalam aktiviti yang jelas membawa mesej politik kepartian adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan melanggar titah Sultan Nazrin selaku ketua agama di negeri.

Katanya, Sultan Nazrin ketika menjadi Raja Muda Perak pernah menitahkan pada majlis sembah menghadap Orang Besar Jajahan Perak dan pegawai tadbir agama daerah di Kompleks Islam di sini, antara lain menegaskan bahawa masjid dan surau tidak wajar dijadikan pentas untuk permainan politik, sebaliknya harus menjadi instrumen perpaduan untuk menyatu padukan ummah.

“Perkara ini turut diberi peringatan oleh Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusup Husin, bulan lalu, supaya Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran Agama dan Dakwah 2013, dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasnul Zulkarnain yang juga EXCO kerajaan negeri, mendakwa antara program berkenaan adalah anjuran Wanita UMNO dan Muslimat PAS Lumut di Masjid Terapung Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar, dan Masjid Al-Khairiah Kampung Banjar, Teluk Intan yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia.

Dakwanya, surau lain yang digunakan untuk menganjurkan program atas nama parti adalah Surau Klebang Prima, Ipoh, yang membawa kain rentang dengan logo parti UMNO dan PAS di dalam masjid, dan Surau Al-Ittihad di Kampung Temiang, juga di Ipoh yang turut membawa pemimpin utama PAS ke program berkenaan.

MR :  Sejak aku lahir samapi hari ini aku tahu bahawa PAS adalah parti yang menjalankan aktiviti di Masjid dan Surau... apa nak hairan. Yang aku pelik bin ajaib DAP pun kini hebat buat aktiviti di Masjid dan Surau tapi dalam masa sama mereka menentang hudud dan cara hidup Islam.. Hebat DAP bila berkawan dengan AMANAH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Senang cakap orang politic tak boleh masok masjid kalau nak juga masok kena tutop mulut guna N95 . Selesai masalah .

    BalasPadam