Header Ads

ads header

Flash News

Anwar mengalah dan ikut arus


Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menerima keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau juga menggesa Latheefa dan SPRM diberi ruang untuk melaksanakan tugas mereka.

Dalam kenyataan hari ini, beliau maklum berkenaan pelbagai reaksi daripada PH, NGO dan masyarakat berkenaan pelantikan itu.

"Polemik terbuka secara berterusan ini dikhuatiri akan mendorong implikasi negatif terhadap citra dan imej kerajaan PH.

"Saya yakin perdana menteri dan pimpinan PH akan menilai segala pandangan dengan penuh prihatin dan selanjutnya akan menjelaskan kepada kabinet dan Majlis Presiden PH.

"Maka dengan ini saya menggesa semua rakan-rakan menerima keputusan Dr Mahathir dan memberi ruang kepada Latheefa dan SPRM untuk melaksanakan tugas dengan tegas dan berkesan," katanya lagi.

Kenyataan itu di saat sejumlah anggota parlimen PKR, antaranya Tan Yee Kew (Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), secara terbuka membantah pelantikan itu.

Pelantikan Latheefa mengundang kritikan memandangkan Mahathir membuat keputusan tanpa berbincang dengan kabinet dan melalui parlimen.

Bagaimanapun ada pihak mengatakan ketegasan bekas anggota PKR itu menyebabkan beliau sebagai orang paling sesuai memegang jawatan itu.

Khamis lalu, Anwar berkata Mahathir perlu menjelaskan soal pelantikan itu, antaranya kerana ia tidak menepati janji PH berkenaan pelantikan jawatan-jawatan utama.

Sementara itu, anggota parlimen Port Dickson itu berkata polemik itu secara positif telah memperkukuh komitmen PH untuk memastikan SPRM melaksanakan tugas dengan adil.

"SPRM dituntut bertindak terhadap semua kes rasuah sama ada pentadbiran lama dan baru. Pimpinan PH, NGO dan rakyat pasti akan terus memantau perjalanan dan keberkesanannya," katanya lagi.


MR :  Apa taknya hampir 60% penyokongnya kini cabur lari


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. sudah mula menikus

    BalasPadam
  2. Wah kepala bapak liberal parti mata satu (dajjal?) sudah takut sekarang sebab Atuk Kerala pandai main catur politik. Silap langkah kepala bapak liberal mata satu kena checkmate lagi. Menangis tak berlagu lah!

    Lihatlah anjing DAPig yang suka nenyalak histeria pun sudah takut pada Atuk Kerala. Sekarang anjing DAPig pun suka jilat kaki Atuk Kerala.

    Jika Atuk Kerala suruh anjing DAPig bergolek dan berdiri angkat tangan dan jelir lidah bercabang pun, anjing DAPig akan buat kerana telur anjing DAPig telah dipegang oleh Atuk Kerala.

    Kah kah kah hi hi hi ha ha ha.

    BalasPadam