Header Ads

ads header

Flash News

Beramal Kerana Allah, kisah benar petang tadi sebagai catatan muhasabah dimasa depan


Selesai muktamar hari ini jam 7.00 petang terus kami bergegas keluar. Tempat yang dituju ialah kedai-kedai makan sekitar kawasan muktamar. Saya beli popia satar dan sahabat saya perwakilan Kluang beli keropok lekor. Belilah lebih sikit untuk makan bersama geng perwakilan PAS Kluang.

Sedang makan ditepi jalan (berdekatan parking kereta kami) , saya lihat seorang anggota Amal jauh. Dia datang dengan secawan air yang yang baru dibeli dari kedai berdekatan. Dia datang duduk dibelakang kami yang sedang makan. Topi Amalnya dan pakaiannya sedikit lusuh. Nampak garis lelah dan kepenatan pada wajahnya. Tapi bila memandang kami dia melempar senyuman pada wajahnya.

Selang berapa saat , azan maghrib berkumandang. Anggota Amal itu menadah tangan dan berdoa . Sangkaan hati saya 'barang kali dia sedang berpuasa'. Saya beranikan diri bertegur sapa dan bertanya. Ternyata dia sedang berpuasa.

Allahurabbi. Sudahlah bertugas. Berpuasa. Hanya secawan air manis dibeli dari tapak bazar. Kami hulur makanan kami. Salah seorang sahabat kami perwakilan Kluang bertanya asal anggota Amal ini.

Rupanya datang dari Baling. Kerja menoreh getah. Datang hasil infaq sorang sikit sahabat-sahabat. Hampir menitis air mata salah seorang sahabat kami. Kita tahu getah berapa mana hasil boleh dapat waktu ini. Allah sahajalah membalas pengorbanan.

Saya terasa bermuhasabah. Saya duduk sepanjang hari dalam dewan muktamar , bentara dewan hulurkan goodies makan minum , dewan berhawa dingin. Itu pun kita keluar dewan dengan mengeluh : Fuhh penat. Sedangkan diluar ada lagi insan atau kumpulan yang lebih 'penat'nya dari 'penat' kita.

Ayuh ! sebarkan mesej ini. Untuk hari terakhir esok Muktamar PAS Pusat kali ke 65. Kita dapat lihat banyak tabung-tabung Amal kawasan , negeri sekitar tapak muktamar.

Marilah kita menyumbang walaupun RM 1.00. Jangan hampakan mereka pulang dengan tabung yang kosong. Sekurang-kurang duit itu dapat mengisi tangki minyak motor dab kereta mereka.

Ayuh ! Terima Kasih Jabatan Amal Malaysia.

Kredit: FB Muhammad Aliffudin Ramlee
-gambar copy dari FB. Gambar hiasan.
Imits Alur Limbat



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan