Bersihkan politik jijik di Malaysia
HARI ini negara digemparkan dengan pengakuan seorang pegawai dalam kerajaan Pakatan Harapan, Haziq Aziz, merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Individu tersebut membuat pengakuan sumpah bahawa dia bersama Menteri Kanan dalam video luar tabii yang telah tular semalam.
Pengakuan terbuka dengan dakwaan serius seperti ini kepada seorang Menteri Kanan dalam kerajaan bakal membawa implikasi besar kepada undang-undang negara. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa siasatan dijalankan secepat mungkin untuk mengelakkan berlakunya kecelaruan terhadap pimpinan kerajaan persekutuan. Siasatan juga harus dilakukan untuk membersihkan nama orang yang dituduh. Kita berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga diadili di mahkamah, “presumed innocent until proven guilty”.
Kedaulatan undang-undang negara harus dijulang. Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan undang-undang berkaitan salah laku aturan luar tabii dengan tempoh penjara dan sebatan. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mahu melihat kepimpinan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan tidak mempunyai masalah moral dan seharusnya menjadi contoh teladan kepada rakyat.
Seorang pemimpin sewajibnya bersih daripada salah laku moral dan jenayah. Pemimpin juga perlu menjaga akhlak dan adab, tidak kira di mana sahaja dan bila-bila masa. Menjadi pemimpin politik bukanlah seperti kerja pejabat yang terhad kepada aturan masa 8 pagi hingga 5 petang. Rakyat menilai perwatakan dan akhlak pemimpin setiap masa. Dakwaan terbuka yang dibuat mempunyai implikasi besar kepada akhlak dan adab pemimpin. Kecurangan kepada pasangan dan perbuatan luar tabii merupakan petanda kepada keruntuhan moral seseorang individu. Jika seorang pemimpin itu curang kepada pasangan hidupnya, individu tersebut pasti akan curang kepada rakyat.
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa siasatan dibuat secepat mungkin kerana dakwaan ini melibatkan dua individu penjawat awam, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri dan seorang Menteri Kanan. Anak muda hari ini muak dan mual dengan serangan politik peribadi kotor seperti tahun 1998, walhal tahun hadapan kita menghampiri Wawasan 2020.
Demi Bangsa Malaysia!
SHAHIR ADNAN
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
12 Jun 2019 – HARAKAHDAILY 12/6/2019
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
❐ Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
❐ Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan