Header Ads

ads header

Flash News

Cadangan naik yuran klinik swasta dibentang sekali lagi


PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefli Ahmad akan membentangkan sekali lagi kepada Jemaah Menteri hasrat pengamal perubatan am swasta (GPs) menaikkan yuran perundingan klinik swasta yang tertangguh.

Katanya, perkara itu sudah dibentangkan kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara sebelum ini, namun Kabinet meminta ditangguhkan atas alasan keadaan ekonomi tidak mengizinkan, selain kerajaan baharu dalam proses memulihkan semula ekonomi selepas mengambil alih daripada kerajaan terdahulu.

“Saya sudah bentangkan di Kabinet pada 24 April lalu namun diminta untuk buat pembentangan semula, ketika itu antara lain disebabkan faktor masa kurang sesuai disebabkan kedudukan ekonomi semasa dan peningkatan kos sara hidup rakyat.

“Namun begitu, saya beri jaminan akan bentangkan sekali lagi kepada Kabinet. Saya percaya kali ini akan berjaya apabila keadaan ekonomi negara bertambah baik.

“Kerajaan baharu ini mendengar dan mengambil maklum cabaran dihadapi GPs. Kita sangat faham kenaikan kos klinik swasta yang menyukarkan mereka untuk meneruskan operasi. Kita akan cuba tangani isu dibangkitkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Town Hall Menteri Kesihatan bersama lebih 800 GPs dari seluruh negara yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye di sini, hari ini.

Dr Dzulkefli berkata, satu lagi isu dibangkitkan GPs berkaitan langkah kerajaan untuk melaksanakan kawalan harga bagi menentukan paras harga siling bekalan ubat-ubatan, akan ditangani.

“Isu kawalan harga ubat-ubatan juga dilihat antara faktor yang mengancam survival GPs, ini juga kita ambil maklum. Kita akan mengambil langkah menanganinya,” katanya.

Sebelum ini, GPs meminta kerajaan menaikkan caj yuran konsultasi di klinik swasta antara RM10 dan RM35 sekarang kepada antara RM35 dan RM125 kerana kali terakhir semakan dilaksanakan pada 2006.

Cadangan kenaikan itu sebelum ini dipersetujui pada ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ di sini pada Ogos tahun lalu.

Turut dibangkitkan dalam sesi itu ialah berkaitan Organisasi Pengurusan Penjagaan dan Pentadbir Tuntutan Perubatan Pihak Ketiga (TPA) dengan GPs mahu Kementerian Kesihatan mengawal dan memantau kedua-duanya kerana doktor perlu membayar sejumlah wang apabila dilantik sebagai klinik panel.

Ada juga GPs meminta kerajaan memantau farmasi yang menjual ubat-ubatan dengan harga murah tanpa konsultasi kepada pesakit, sekali gus menjejaskan pengendali klinik swasta.

MR :  Dia ingat orang kaya aje ke Klinik Swasta


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Kita merasa kagum melihat kebodohan pemimpin-pemimpin Pakatan Hancing yang hanya pandai menambah beban rakyat. Lembu pun terkejut !

    BalasPadam