Header Ads

ads header

Flash News

DPP baru akan wakili bomba, KPKT dalam inkues Adib


Seorang timbalan pendakwa raya (DPP) baru akan dilantik dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bagi mewakili Jabatan Bomba serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan itu dicapai selepas pertemuan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini.

"Peguam Negara juga telah secara sewajarnya memutuskan bahawa Timbalan Pendakwa Raya yang akan dilantik kelak akan menerima pakai kesemua bukti dan hujahan yang dikemukakan terdahulu dalam Mahkamah Koroner oleh Peguam Puan Syazlin Mansor.

"Ini adalah termasuk keterangan Prof Dr Shahrom Abd Wahid," kata Zuraida dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrom sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Adib mengalami kecederaan selepas anggota bomba itu ditarik keluar daripada kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan diserang semasa rusuhan kuil Seafield pada 27 Nov tahun lalu.

Keterangannya bercanggah dengan dua pakar lain, yang memberitahu mahkamah bahawa Adib terjatuh dari kenderaan berkenaan dan kecederaan yang dialaminya berpunca akibat dilanggar kenderaan terbabit ketika cuba melarikan diri.

Adib, 24, meninggal dunia di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 17 Dis.

Isnin lalu, Syazlin mengumumkan menarik diri daripada inkues berkenaan kerana terdapat 'perkembangan baru'.

Thomas menjelaskan bahawa Syazlin dinasihat menarik diri kerana berada dalam konflik kepentingan apabila bertindak mewakili jabatan bomba dan KPKT, sedangkan pada masa yang sama mewakili keluarga Adib.

Bagaimanapun, beliau berkata Syazlin masih boleh terus mewakili keluarga allahyarham.

Zuraida berkata DPP yang menggantikan Shazlin akan bertindak bebas daripada pegawai yang menjalankan inkues tersebut.

"Kami berharap agar tindakan ini akan menghentikan sebarang spekulasi tidak berasas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan supaya inkues ini dapat diteruskan dengan baik tanpa gangguan," katanya.

Dalam pada itu, Zuraida juga mengucapkan terima kasih kepada Shazlin atas khidmat peguam berkenaan yang dilakukan secara pro bono.


MR :  Pusing punya pusing cerita sebenarnya nak lantik peguam baharu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Pakatan Hancing main wayang opera roket penuh dengan penipuan, putar belit dan u-turn untuk menafikan hak seorang ahli bomba untuk mendapatkan keadilan.

    Mari kita semua tumbangkan Pakatan Hancing dalam PRU yang akan datang.

    BalasPadam