Header Ads

ads header

Flash News

Dua ketua wanita cabang PKR Melaka letak jawatan, seorang masuk UMNO


Dua ketua wanita cabang PKR Melaka meletakkan jawatan, yang mendorong spekulasi berlaku pergolakan dalam PKR di negeri itu.

Berdasarkan satu mesej yang tular di media sosial menyatakan kedua-dua mereka ialah Ketua Wanita PKR cabang Tangga Batu, Rohanie Mahmud dan Lilla Madon yang merupakan Ketua Wanita PKR cabang Kota Melaka.

Dalam satu hantaran di Facebook, Rohani mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai ketua wanita PKR cabang dan menyertai Umno.

"Kita berjuang biarlah ikhlas dari hati kerana apa kita lakukan segalanya dilihat dan dinilai oleh masyarakat. Jangan berpolitik pilih kasih. Jangan mencari orang bila perlu. Jangan berpolitik janji manis.

"Hargai orang bekerja menaikkan kamu, hargai orang melawan fitnah demi kemenangan kamu, kenanglah jasa baik orang. Dengan secara rasminya saya tidak bersama mereka buat selamanya," kata Rohanie yang turut memuatkan beberapa keping gambar beliau menyertai Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua PKR Cabang Tangga Batu, Qui Teck mengesahkan Rohanie meletak jawatan sebagai ketua wanita cabangnya.

Namun, katanya Rohanie telah meletakkan jawatan pada 26 Januari lalu dan tugasnya kini dipangku oleh timbalannya.

Menurut Qui Teck yang juga Adun Kelebang, isu perletakan jawatan Rohani telah dimaklumkan kepada Ketua Wanita PKR Negeri Melaka, Ginie Lim pada Februari 2019.

Sementara itu, Ketua Cabang Kota Melaka Ridduan Amin berkata ketua wanitanya meletak jawatan atas isu kesihatan.

"Beliau (Lilla) merupakan seorang cikgu. Dan saya diberitahu olehnya bahawa beliau ingin letak jawatan atas faktor kesihatan," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun beliau tidak mengesahkan bilakah tarikh Lilla meletakkan jawatan sebagai ketua wanita cabang berkenaan.

Terdahulu, Setiausaha PKR Melaka, Zamri Yusof mengakui menerima mesej tersebut, namun mengesahkan tidak menerima sebarang surat rasmi daripada dua individu berkenaan.

"Saya sahkan terima mesej tersebut. Namun, masih tidak menerima sebarang surat rasmi. Jadi, saya tidak boleh mengulas lanjut," kata beliau.

Menurut satu sumber parti daripada ibu pejabat PKR kedua-dua ketua wanita tersebut meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan pimpinan negeri yang baru.

"Jadi, hari ini kita nampak ada orang mula keluar daripada parti kerana 'suara' mereka tidak diendahkan.

"Kedua-dua anggota parti ini menang dalam pemilihan PKR peringkat ketua wanita cabang. Jadi, kenapa mereka melepaskan jawatan? Inilah perlu dijawab sekarang" tambah sumber itu kepada Malaysiakini.

Sumber dari ibu pejabat PKR, mengesahkan kedua-dua ketua wanita berkenaan meletakkan jawatan hari ini dan salah seorang daripada mereka menyertai Umno.

Menurutnya, kedua-dua mereka bertindak meninggal parti itu selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan negeri yang baru.

"Isu ini memang lama di Melaka. Banyak yang tidak puas hati dengan pimpinan negeri yang baru.

Jadi, hari ini kita nampak ada orang mula keluar daripada parti kerana 'suara' mereka tidak diendahkan.

"Kedua-dua anggota parti ini menang dalam pemilihan PKR peringkat ketua cabang wanita. Jadi, kenapa mereka melepaskan jawatan? Inilah perlu dijawab sekarang," kata sumber kepada Malaysiakini.

Terdahulu, dua keping gambar salah seorang ketua wanita cabang PKR sedang mengisi borang keahlian Umno dan menyerahkan borang berkenaan kepada seorang pemimpin Umno tular di media sosial.

Ketika dihubungi Setiausaha PKR negeri Melaka, Zamri Yusof mengakui beliau turut menerima mesej tersebut.

Namun, beliau mengesahkan tidak menerima sebarang surat rasmi daripada kedua-dua individu tersebut.

"Saya sahkan terima mesej tersebut. Namun, masih tidak menerima sebarang surat rasmi. Jadi, saya tidak boleh mengulas lanjut," kata beliau.

Malaysiakini sedang menghubungi kedua-dua ahli PKR tersebut untuk mendapatkan ulasan.


MR :  PKR memerintah pun ada pimpinan tak suka, menunjukkan betapa buruknya PKR


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan